awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita berskirt mini dalam suhu -40 Celsius, kini tanggung derita gigitan fros!

Agensi
Agensi
27/01/2018
13:01 MYT
Wanita berskirt mini dalam suhu -40 Celsius, kini tanggung derita gigitan fros!
Keadaan paha pelajar wanita yang terkena gigitan fros kerana memakai skirt mini ketika suhu -40 darjah di bawah paras beku - Gambar metro.co.uk
AKIBAT buat perkara tidak masuk akal seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital.
Itu yang menimpa seorang pelajar di Astana, Kazakhstan yang kini terpaksa menahan derita gara-gara terkena gigitan fros di kedua-dua pahanya.
Puncanya adalah dia keluar bersiar-siar memakai skirt mini ketika suhu di luar mencecah 40 darjah Celsius di bawah paras beku, lapor portal berita Metro.co.uk.
Ketika keluar, pelajar semester akhir jurusan undang-undang di universiti tempatan itu turut menyarungkan sepasang seluar ketat kononnya pakaian itu mampu melindunginya daripada kesan cuaca sejuk ekstrem tersebut.
Namun, seluar ketat dengan material nipis itu tidak mampu melindungi kakinya daripada kesan gigitan fros, sekali gus membuatkan kedua-dua belah pahanya menjadi kemerahan.
Jurucakap hospital mengesahkan wanita itu mengalami gigitan fros tahap dua. Dia bagaimanapun dibenarkan pulang namun perlu kembali ke hospital untuk rawatan susulan.
Topic Berkaitan
#gigitan fros
#Hospital
#sejuk
#skirt mini
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan