awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut jatuh dari 'chairlift' setinggi 12 meter

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2022
21:30 MYT
Wanita maut jatuh dari 'chairlift' setinggi 12 meter
Chairlift itu diperiksa kali terakhir pada April lalu dan disahkan selamat. - Gambar hiasan
TENNESSEE: Seorang wanita maut selepas didakwa tergelincir dari laluan penumpang bertingkat atau chairlift berketinggian 12 meter di sebuah taman tema di Amerika Syarikat.
Jabatan Polis Gatlinburg berkata, setakat ini kejadian disiasat sebagai kes bunuh diri selepas beberapa saksi mendakwa melihat kejadian itu tidak membabitkan unsur jenayah.
Saksi mendakwa wanita itu mengangkat palang keselamatan sebelum terjatuh dalam kejadian pada Jumaat, namun laporan rasmi perubatan berkaitan punca kematian belum dikeluarkan.
Nyawa anda berharga, dapatkan bantuan.
Nyawa anda berharga, dapatkan bantuan.
Chairlift itu diperiksa kali terakhir pada April lalu dan disahkan selamat. Taman tema itu juga mengesahkan melakukan pemeriksaan setiap enam bulan dan permit operasi mereka akan tamat pada 10 Ogos.
Bagaimanapun, permit baharu telah pun diluluskan.
Dalam satu kenyataan, taman tema itu berkata mereka "turut bersedih dengan insiden berkenaan" tetapi tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat lanjut buat masa ini kerana masih dalam siasatan.
Siasatan dijangka mengambil masa sehingga lapan minggu.

* Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.
Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders.
Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan.
Panggilan adalah percuma.
Topic Berkaitan
#Taman Tema
#Tennessee
#maut
#bunuh diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan