awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Jakarta tenang, beratus rumah dilaporkan rosak akibat gempa di wilayah Sukabumi

Bernama
Bernama
23/01/2018
20:59 MYT
Warga Jakarta tenang, beratus rumah dilaporkan rosak akibat gempa di wilayah Sukabumi
Warga kota dilihat berkumpul di luar bangunan, memenuhi jalan raya, manakala pemandu juga bertindak memberhentikan kenderaan mereka, di Jakarta, 23 Jan, 2018. REUTERS
Gempa bumi sememangnya menakutkan.
Namun bagi warga kota Jakarta, mereka dilihat berinformasi dan tahu apa yang perlu dilakukan saat berlakunya gegaran.
Dalam kejadian gegaran di kota Jakarta berikutan kejadian gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter di wilayah Sukabumi, Jakarta Barat 1.34 petang Selasa, warga kota yang berada di bangunan tinggi begitu tertib melakukan evakuasi dari bangunan.
Tanpa terburu-buru dan panik keterlaluan, mereka tertib menuruni tangga dan berkumpul di kawasan selamat di luar bangunan.
Dian, 38, petugas agensi berita Antara bahagian pemasaran yang berpejabat di tingkat 16 di Wisma Antara berkata ketika berlakunya gegaran, dia bertindak menyembunyikan diri di bawah meja.
"Apabila gegaran terus berlaku dan berterusan, saya bertindak keluar dari bangunan, menuruni tangga bersama petugas lain," katanya.
Warga kota Jakarta dilihat berkumpul di luar bangunan, memenuhi jalan raya, manakala pemandu juga bertindak memberhentikan kenderaan mereka.
Dalam kejadian itu, tiada kejadian buruk dilaporkan berlaku di kota Jakarta.
Namun menurut media dalam talian, beratus rumah dilaporkan rosak di beberapa kawasan di Banten, Depok, Cianjur dan Bogor, dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sebuah masjid dan sebuah pusat kesihatan masyarakat turut dilaporkan rosak teruk di Banten.
Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa 6.1 pada skala Ritcher itu disusuli 20 lagi gempa berskala sederhana.
Sementara itu Kedutaan Malaysia di Jakarta melakukan pemantauan rapi berhubung kejadian itu.
"Setakat ini tiada rakyat Malaysia terbabit cedera dalam kejadian berkenaan," kata jurucakap kedutaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#evakuasi
#gempa bumi
#Jakarta
#rakyat Malaysia
#sukabumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan