awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zelenskyy lawat Berlin untuk sidang video bersama Trump, pemimpin Eropah

Bernama
Bernama
13/08/2025
23:10 MYT
Zelenskyy lawat Berlin untuk sidang video bersama Trump, pemimpin Eropah
Zelenskyy (kiri) dan Canselor Jerman Friedrich Merz menghadiri mesyuarat video bersama pemimpin Eropah dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. - Foto AP
BERLIN: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy tiba di Berlin pada Rabu bagi menghadiri sidang video bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan pemimpin Eropah, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik sumber Jerman.
Penyiar awam Jerman ARD melaporkan dengan memetik pegawai kerajaan, bahawa Zelenskyy bertemu Canselor Jerman Friedrich Merz sebelum bersama beliau di Pejabat Canselor Persekutuan untuk menyertai sidang video dengan Trump.
Mesyuarat pada pukul 3 petang waktu tempatan (1 tengah hari GMT) itu bertujuan mewujudkan pendirian bersama dalam kalangan sekutu Barat menjelang sidang kemuncak Trump dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Alaska pada Jumaat.
Pegawai Eropah dan Ukraine dijangka mendapatkan jaminan kukuh daripada Trump bahawa tiada perjanjian berkaitan perang Ukraine akan dimeterai semasa sidang kemuncak itu tanpa persetujuan jelas Kyiv.
Pada 8 Ogos, Trump mengumumkan bahawa beliau menjangkakan untuk bertemu Putin di Alaska pada 15 Ogos, menurut laporan media antarabangsa.
Pertemuan seterusnya antara Putin dan Trump dijangka diadakan di Rusia, menurut pembantu Kremlin Yury Ushakov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Volodymyr Zelenskyy
#sidang video
#Donald Trump
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan