awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Achey menangis tepi jalan, kehilangan ibu akibat kanser

Astro Awani
Astro Awani
24/04/2022
23:30 MYT
Achey menangis tepi jalan, kehilangan ibu akibat kanser
Achey bersama arwah ibunya baru-baru ini. - Foto Tiktok/achey_kintangkintung
KUALA LUMPUR: Ibu kepada pelawak popular, Achey, Ngaisah Hassan, 74, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor kira-kira jam 12.46 pagi tadi.
Difahamkan, pemergian Allahyarham akibat penyakit kanser yang dihidapinya selama dua tahun.
Menurut Achey, atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, dia mengetahui mengenai keadaan arwah ibunya yang sedang nazak ketika mengadakan rakaman program raya bersama Zizan Razak dan Scha Alyahya, lapor Berita Harian.
Jelasnya, sebaik mengetahui keadaan ibunya, dia terus pulang ke kampung namun mendapat berita tentang permergian ibunya ketika dalam perjalanan.
"Beberapa kali juga saya terpaksa menghentikan motosikal menangis tepi jalan, sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Bagaikan melayang jiwa atas pemergian 'syurga' saya.
"Jujurnya, saya terkilan tidak berada di sisi arwah pada saat menghembuskan nafas terakhir.
"Walaupun sedih, saya tetap bersyukur arwah dijemput Allah pada 10 malam terakhir Ramadan," katanya ketika dihubungi portal berita itu.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Usaha Jaya, Labis, Segamat hari ini.
Topic Berkaitan
#Achey
#ibu
#meninggal dunia
#Mohd Nasir Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan