awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Atlet biathlon Norway raih gangsa, akui curang secara langsung di TV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkat tema kekeluargaan, 'MA, I LOVE YOU!' di pawagam bermula 22 Januari ini

Faida Rahim
Faida Rahim
17/01/2023
14:01 MYT
Angkat tema kekeluargaan, 'MA, I LOVE YOU!' di pawagam bermula 22 Januari ini
'MA, I LOVE YOU!' turut menampilkan dua lagu tema iaitu How Do We Say Goodbye? yang dinyanyikan oleh Jess Lee dan sebuah lagu berbahasa Perancis bertajuk Bonjour digubah oleh Froya.- Instagram/@astroshaw
KUALA LUMPUR: Sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini, sebuah filem mengetengahkan tema kekeluargaan berjudul “MA, I LOVE YOU!” bakal menjengah di pawagam bermula 22 Januari ini.
Pengarahnya, Chiu Keng Guan dalam sebuah kenyataan memberitahu, keunikan yang disajikan menerusi filem ini adalah gabungan komedi yang dalam masa sama turut menyentuh perasaan penonton.
“Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk mencintai seseorang, makna 'pengorbanan' juga berbeza-beza bergantung kepada individu tersebut.
"Saya merasakan bahawa filem ini menggambarkan pelbagai bentuk cinta dan pengorbanan,” katanya.
Tambah Chiu, dia berharap penonton dapat mengambil peluang sempena Tahun Baharu Cina ini untuk membawa ahli keluarga dan rakan-rakan menonton filem “MA, I LOVE YOU!” di pawagam berhampiran.
Lebih menarik, ‘MA, I LOVE YOU!’ turut menampilkan dua lagu tema iaitu ‘How Do We Say Goodbye?’ yang dinyanyikan oleh Jess Lee dan sebuah lagu berbahasa Perancis bertajuk ‘Bonjour’ digubah oleh Froya.
Dibintangi oleh pelakon berbakat Ong Ai Leng, Siow Li Xuan, Loh Lai Kan, Felina Cheah dan Phei Yong, filem ini juga menampilkan selebriti popular Malaysia seperti Hwang Yifei, Siow Hui Mei , Michie Lam, Klay Heng, OkokokMou, Ho YuHang dan Lalala Endy.
View this post on Instagram
A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)
‘MA, I LOVE YOU!’ diterbitkan oleh Astro Shaw dan Multimedia Entertainment mengisahkan ibu dan anak, Qi Qi dan Bee Ling yang sangat bahagia. Qi Qi adalah segala-gala buatnya sehinggalah Bee Ling mengetahui rancangan rahsia Qi Qi untuk menyambung pengajian di Perancis. Bee Ling terasa dikhianati oleh anaknya sendiri dan nekad untuk menghalang hasrat Qi Qi.
Apakah yang akan dilakukan oleh Bee Ling dan berjayakah Qi Qi meneruskan impiannya? Saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda bermula hujung minggu ini.
Topic Berkaitan
#Astro Shaw
#Ma I Love You
#filem tahun baharu cina
#Chiu Keng Guan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan