awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Arwah nampak macam diva, tapi dia sangat baik' - Kru kenang memori bersama Adibah Noor

Gempak
Gempak
10/07/2022
05:00 MYT
'Arwah nampak macam diva, tapi dia sangat baik' - Kru kenang memori bersama Adibah Noor
Menurut Hasliza, Adibah yang membawakan watak Datuk Null dalam HRPP merupakan seorang yang komited dan sangat setia pada watak yang diberikan kepadanya. - Gempak
MENGIMBAU kembali pengalaman bekerja dengan arwah Adibah Noor menerusi siri Hantu Raya Pergi Perang (HRPP), banyak memori indah yang masih tersemat di kotak memori sutradaranya, Wan Hasliza Wan Zainuddin.
Menurut Hasliza, Adibah yang membawakan watak Datuk Null dalam HRPP merupakan seorang yang komited dan sangat ‘setia’ pada watak yang diberikan kepadanya.
“Arwah merupakan seorang anak seni yang bersungguh-sungguh ketika bekerja. Bukan hanya dalam HRPP, dalam drama-drama kami sebelum ini juga dia menunjukkan attitude yang bagus sepanjang penggambaran.
“Sebagai contoh, arwah sentiasa akan ingat skrip yang bakal dilontarkannya, tidak kira watak yang diberikan.
"Jika pelakon lain membawa skrip ke set penggambaran, arwah tidak. Segala dialog sudah ada dalam kepalanya. Tinggal ingin dikeluarkan sahaja,” katanya kepada Gempak.
Pengarah bersama, Wan Alauddin Wan Zainuddin pula berkata, arwah Adibah Noor pandai membawa diri di set penggambaran.
“Katakanlah dia nak naik tangga, dia tidak akan minta bantuan orang lain, sungguhpun dia tahu dia susah nak bergerak.
"Dia cakap tidak mengapa, biar dia naik sendiri. Dan kalau nak tahu, arwah suka bawa makanan ke set untuk dijamu kepada kami semua.
“Hal-hal sebegini yang membuatkan kami berasa selesa untuk bekerja dengannya. Apabila melalui proses suntingan, pasti kami akan teringat kepada arwah,” katanya lagi.
Sebelum menutup perbualan, Hasliza sempat berkongsi tentang pembawakan diri Adibah yang dianggap sebagai seorang yang selalu merendahkan diri dan baik dengan semua orang.
“Arwah ni nampak macam diva, tetapi dia sangat baik dan mudah untuk bergaul dengan orang.
"Dia pandai cakap orang putih tapi hakikatnya Melayu dalam dirinya masih ada. Hal-hal sebegini yang menyebabkan kita akan kenang arwah sampai bila-bila,” tutup Hasliza.
Selain Adibah Noor, HRPP turut dibintangi oleh barisan pelakon seperti Hun Haqeem, Sharifah Sakinah, Rashidi Ishak dan Azhar Sulaiman.
Episod baharu Hantu Raya Pergi Perang pula disiarkan pada setiap Jumaat. Episod pertama PERCUMA, dan langgan serendah RM15.90 sebulan untuk episod seterusnya.
Untuk menikmati sooka dan menonton aksi sukan kegemaran anda secara langsung dan kandungan hiburan tempatan terbaik pada peranti mudah alih anda dan laman web www.sooka.my.
Muat turun aplikasi sooka di Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih).
Semua pelan langganan sooka tidak terikat dengan kontrak dan tanpa komitmen.
Klik di sini untuk terus menonton Hantu Raya Pergi Perang https://links.sooka.my/AP9W.
Topic Berkaitan
#Adibah Noor
#Hantu Raya Pergi Perang
#Wan Hasliza Wan Zainuddin
#Datuk Null
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan