awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barangan 'merchandise' konsert selamba dijual secara haram, Amy Search bengang

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
17/04/2016
07:45 MYT
Barangan 'merchandise' konsert selamba dijual secara haram, Amy Search bengang
AMY: 'Nak berniaga biarlah dengan cara yang betul' - Instagram akuamysearch
Vokalis kumpulan rock legenda, Amy Search, sangat terkilan apabila ada pihak yang mencetak dan menjual merchandise Konsert Search 35 tahun secara haram.
Ia disifatkan sebagai bukan sahaja tidak bertanggungjawab, tetapi juga menunjukkan kurangnya rasa hormat terhadap golongan penggiat seni.
Lebih menyedihkan apabila ada yang tidak segan silu menjualnya di tempat terbuka, seperti yang berlaku di tempat letak kereta Stadium Malawati, semalam.
Beberapa gambar merchandise, malah gambar si penjual juga turut dimuat naik Amy ke akaun Instagram miliknya.
Mamat ni jual merchandising Search kt blakang bonet keta je kt konsert Ella, stadium shah alam tdi. Mencetak hak cipta org tnpa izin sama seperti mencuri. Sngt salah di sisi undang2 dn di sisi agama. Hasil nya Haram. Tk respect lansung. Berpuluh thn kite berkempen psl citak rompak tpi malang nya bangsa kite sendiri rompak. #search35 #since1981 #demicintakupadamuMY #bermulasebuahcerita #afjetscelebratessearch35 @nasirrockfather @nordintaib @kittos247
A photo posted by Suhaimi A.Rahman > Amy SearcH (@akuamysearch) on
Apr 16, 2016 at 7:55am PDT
Sngt memalukn yg curi hasil seni kite org bdk johor gak. Ini sema basic rule, kt umah masa kecik2 pn makbapak kite pesan jgn amik barang org tnpa izin sbab tnpa izin tu sama seperti mencuri. Kalau lu respect ini band Search tentu lu tkn bikin cmni. Cukup2 lah, pelayaran kite org dh hmpir di penghujung. Berpuluh thn hasil seni kite org di rompak bangsa asing tpi hari ni bangsa kite sendiri yg rompak. @nasirrockfather @nordintaib @kittos247 #search35 #since1981 #demicintakupadamuMY #bermulasebuahcerita #afjetscelebratessearch35
A photo posted by Suhaimi A.Rahman > Amy SearcH (@akuamysearch) on
Apr 16, 2016 at 9:05am PDT
Amy ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, hal berkenaan diketahui daripada peminat yang memberikan informasi tentang penjualan secara haram itu.
"Penjual itu sudah pernah ditegur sebelum ini, namun masih melakukan perkara yang sama," kata Amy.
Menjual barangan tersebut tanpa kebenaran samalah seperti mencuri, dan ia bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah satu dosa besar dalam agama.
"Anda memperolehi wang daripada nama dan hasil titik peluh orang lain. Cuba bayangkan anda di tempat kami, apa perasaan anda?" tambah Amy.
Beliau juga memaklumkan, Search tidak mempunyai masalah jika ada yang berminat mahu menggunakan nama mereka dalam perniagaan, namun ia perlu dibuat dengan cara yang betul.
"Datang jumpa kami dan kita boleh berbincang. Jika direction dan perancangan anda bagus serta teratur, kami tidak ada masalah.
"Pokoknya mesti guna saluran yang betul," jelasnya.
Buat masa ini, kata Amy, pihaknya belum membuat sebarang keputusan tentang tindakan yang akan diambil terhadap penjual tersebut.
Topic Berkaitan
#Amy Search
#Konsert Search 35 tahun
#merchandise
#search
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan