awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Big Stage: Sangkaan meleset, Nana Sheme dan Hafiz Zainal gagal ke separuh akhir

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
21/09/2020
00:21 MYT
Big Stage: Sangkaan meleset, Nana Sheme dan Hafiz Zainal gagal ke separuh akhir
Nana dan Hafiz tersingkir selepas mendapat markah terendah pada pusing suku akhir.
PENTAS Big Stage dikejutkan dengan dua penyingkiran pesertanya, Hafiz Zainal dan Nana Sheme, pada minggu suku akhir.
Hafiz dan Nana berada di tangga tiga terbawah bersama seorang lagi peserta, Dinie Rashid, apabila mendapat markah terendah pada minggu tersebut.
Namun Dinie diselamatkan daripada tersingkir apabila diberi imuniti terakhir daripada juri tetap.
Menurut juri tetap, Ajai jika dibenarkan mereka ingin melihat semua peserta mara ke peringkat separuh akhir.
"Kami kalau boleh mahukan semua peserta pada malam ini masuk ke pusingan seterusnya, kerana jika diikutkan mereka berdua kuat pada undian peminat, namun sangkaan kami meleset," ujarnya semasa sidang media konsert Big Stage pada Ahad.
Pada masa sama, Ajai turut menyatakan bahawa kesemua peserta memberikan persembahan yang terbaik malam tadi.
Pusingan kali ini menyaksikan penyanyi Fadh Majid berada di kedudukan teratas selepas memperoleh markah tertinggi iaitu sebanyak 77.7 peratus.
Ini diikuti oleh Qody Rany (76.3) dan Usop (76.6) yang membawakan lagu daripada Charlie Puth, One Call Away untuk tema Rotasi 36T.
Peserta lain yang turut mara ke pusingan separuh akhir ialah Farisha Iris dan Azzam Sham.
Pada minggu separuh akhir, peserta ditugaskan untuk membawakan dua buah lagu yang bertemakan Duominasi Platinum dan Terbang Jauh.
View this post on Instagram
#GempakLive : Minggu ni 2 peserta tersingkir. Untuk yang lain, good luck untuk minggu depan okay! . @usopofficial @nanaasheme @fadhmajid @farisha_iris @azzam_sham @dinierashid @qodyranyy @drhafizzainal . #AstroGempak #BigStage2020 #DominasiBBNUNormaBaharu #NormaBaharu #ASTROsoON #dudukrumahlayanastro #stayhomestaysafe #stayentertained
A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on
Sep 20, 2020 at 9:00am PDT
Topic Berkaitan
#BBNU
#Big Stage
#Hafiz Zainal
#Nana Sheme
#Separuh Akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan