awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang Meteor Garden, Barbie Hsu meninggal dunia akibat pneumonia

Astro Awani
Astro Awani
03/02/2025
06:05 MYT
Bintang Meteor Garden, Barbie Hsu meninggal dunia akibat pneumonia
Barbie Hsu terkenal dengan peranannya dalam "Meteor Garden" pada 2001, menjadikannya bintang besar di Malaysia, Filipina, Indonesia, dan Thailand. - Gambar fail/ Reuters
PELAKON terkenal Taiwan, Barbie Hsu, 48, meninggal dunia akibat pneumonia selepas dijangkiti influenza ketika bercuti di Jepun, lapor media negara itu.
Hsu dikenali ramai menerusi peranannya dalam siri TV "Meteor Garden" pada 2001, yang menjadikannya bintang besar di negara-negara seperti Malaysia, Filipina, Indonesia, dan Thailand.
Kematian Hsu disahkan oleh adiknya, Dee Hsu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada TVBS News Taiwan pada Isnin.
"Semasa Tahun Baharu Cina, keluarga kami datang bercuti di Jepun. Kakak saya, Barbie, telah meninggalkan kami akibat pneumonia yang disebabkan oleh influenza,” kata Dee Hsu.
Hsu memulakan kerjayanya dalam industri hiburan seawal usia 17 tahun sebagai pasangan duet pop bersama adiknya, Dee.
Khabar angin mengenai kematian Hsu bertiup kencang sejak Ahad lalu, yang kemudiannya disahkan pada Isnin, mengejutkan peminat dan mencetuskan penghargaan serta ucapan takziah di media sosial.
Hsu pernah mengalami masalah kesihatan seperti epilepsi dan penyakit jantung, dan pernah dimasukkan ke hospital akibat sawan sebelum ini.
Dalam "Meteor Garden," Hsu memegang watak Shancai, seorang pelajar miskin yang terlibat dalam kisah cinta dengan pewaris keluarga kaya, yang dilakonkan oleh anggota kumpulan boyband Taiwan, F4.
"Meteor Garden" adalah adaptasi manga Jepun tahun 1990-an dan telah diterjemahkan ke beberapa bahasa, dengan versi baharu turut diterbitkan di negara-negara lain termasuk Jepun, Korea Selatan, China, dan India.
Rakan pelakon Hsu dalam Meteor Garden, Ken Chu, turut meluahkan rasa terkejut di Instagram dengan gambar hitam dan foto berkumpulan bersama Hsu.
Topic Berkaitan
#Barbie Hsu
#Meteor garden
#Influenza
#pelakon Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan