awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BTS, Ellen DeGeneres antara selebriti didakwa guna pengikut palsu

Gempak
Gempak
09/08/2019
04:05 MYT
BTS, Ellen DeGeneres antara selebriti didakwa guna pengikut palsu
Daripada sepuluh selebriti yang tersenarai, Ellen DeGeneres (gambar) mempunyai jumlah tertinggi pengikut palsu dengan 58% pengikut Instagram palsu.
KUMPULAN K-Pop terkenal dunia dari Korea, BTS dan bintang Hollywood Ellen DeGeneres antara yang dilaporkan menggunakan akaun Instagram dan Twitter palsu.
Hasil siasatan Internet Control Message Protocol (ICMP) mendapati, terdapat 10 selebriti popular yang mempunyai pengikut palsu tertinggi dalam kategori ‘showbiz’.
Daripada sepuluh selebriti yang tersenarai, Ellen DeGeneres mempunyai jumlah tertinggi pengikut palsu dengan 58% pengikut Instagram palsu.
BTS pula menduduki tempat kedua dengan 49% dan Kourtney Kardashian menduduki tempat ketiga dengan 48%.
Di bawah merupakan senarai 10 selebriti dengan pengikut palsu tertinggi:
1. Ellen DeGeneres (@theellenshow) - 58% 2. BTS (@bts.bighitofficial) - 49% 3. Kourtney Kardashian (@kourtneykardash) - 48% 4. Taylor Swift (@taylorswift) - 46% 5. Ariana Grande (@arianagrande) - 46% 6. Deepika Padukone (@deepikapadukone) - 45% 7. Miley Cyrus (@mileycyrus) - 45% 8. Katy Perry (@katyperry) - 44% 9. Khloe Kardashian (@khloekardashian) - 43% 10. Priyanka Chopra (@priyankachopra) - 43%
Berita ini telah dikongsi oleh laman Instagram @atokdean pada pagi Jumaat dan telah mengundang pelbagai reaksi warga net.
Sementara itu pada tahun lalu seorang individu menerusi laman sosial Twitter pernah mendedahkan 10 senarai akaun Instagram popular di Malaysia yang mempunyai banyak pengikut palsu.
Dakwanya jumlah tersebut disemak menggunakan aplikasi IG Audit.
Antara selebriti yang dikatakan mempunyai pengikut palsu tertinggi ialah Neelofa, Amyra Rosli, Nora Danish, Zizan Razak, Hanis Zalikha, Mira Filzah, Yusuf Iskandar dan Uqasha Senrose.
Topic Berkaitan
#BTS
#Ellen DeGeneres
#Instagram
#pengikut palsu
#Taylor Swift
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan