awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daiyan Trisha bakal bernikah atau sekadar gimik?

Gempak
Gempak
17/08/2018
04:20 MYT
Daiyan Trisha bakal bernikah atau sekadar gimik?
Daiyan bagaimanapun enggan mengulas mengenai bakal calon suami akan dinikahi kepada umum sebaliknya menyifatkan lelaki itu sebagai seorang yang baik hati dan ceria. - Foto Instagram Daiyan
PERKONGSIAN penyanyi Daiyan Trisha yang memuat naik tiga keping foto dirinya menyarungkan busana pengantin di laman Instagram menimbulkan tanda tanya.
Daiyan turut menulis kapsyen ringkas iaitu tarikh 19.08.2018 di setiap foto terbabit.
Menerusi panggilan telefon yang dilakukan oleh penyampai radio Era, Radin yang menghubungi Daiyan malam tadi, gadis itu mengesahkan tarikh (19.8.2018) yang dikongsikan di Instagram (IG) merupakan tarikh nikahnya.
"Betul saya akan bernikah. Bagaimanapun, kami tidak bertunang," katanya ringkas.
Daiyan bagaimanapun enggan mengulas mengenai bakal calon suami akan dinikahi kepada umum sebaliknya menyifatkan lelaki itu sebagai seorang yang baik hati dan ceria.
Namun begitu, melihatkan kepada pelbagai komen di laman Instagram Daiyan, ramai yang mendakwa tarikh itu hanya sekadar gimik untuk Daiyan melancarkan lagu terbarunya.
Sebelum ini, pelakon drama bersiri Sejuta Rasa Buat Adelia ini tidak pernah terpalit dengan gosip cinta atau dikaitkan dengan mana-mana jejaka.
Topic Berkaitan
#Daiyan Trisha
#era
#Instagram
#karier
#lelaki
#pelakon
#Radin
#Sejuta Rasa Buat Adelia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan