awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Dayang tidak mengenakan bayaran satu sen pun" - Rizalman buka rahsia

Gempak
Gempak
17/02/2020
08:30 MYT
"Dayang tidak mengenakan bayaran satu sen pun" - Rizalman buka rahsia
Menurut Rizalman, pelantun lagu hit Lelaki Teragung itu mahu mengadakan persembahan pada acara itu nanti atas dasar erti sebuah persahahatan yang dianggap lebih tinggi nilainya.
PEREKA fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim mendedahkan peribadi mulia penyanyi Dayang Nurfaizah yang tidak mengenakan sebarang bayaran bagi menjayakan Konsert Kesuma Jiwa yang dianjurkannya. Menurut Rizalman, pelantun lagu hit Lelaki Teragung itu mahu mengadakan persembahan pada acara itu nanti atas dasar erti sebuah persahahatan yang dianggap lebih tinggi nilainya. "Saya hendak pecahkan satu rahsia kat sini. Walaupun kos produksi Kesuma Jiwa sudah mencecah jutaan ringgit untuk hanya persembahan satu malam sahaja, namun, ia tidak termasuk bayaran nyanyian kepada artis utama kita pada malam itu nanti. "@dayangsayangkamu yang tidak mengenakan bayaran satu sen pun malah tidak berkira untuk sama-sama berhempas pulas tanpa rasa mengeluh dan menyesal untuk menyumbangkan suaranya demi sebuah silaturahim. "Katanya, tiada nilai wang ringgit yang dapat menggantikan persahabatan kami berdua kerana dia tidak mahu memperdagangkan anugerah Allah itu atas sesuatu yang tidak terungkap keagungan manfaatnya ke atas orang lain," tulisnya. Perkara itu dikongsikan Rizalman menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
saya nak pecahkan satu rahsia kat sini. walaupon kos produksi KesumaJiwa sudah mencecah jutaan ringgit untuk hanya persembahan satu malam sahaja.. namun, ianya tidak termasuk bayaran nyanyian kepada artis utama kita pada malam itu nanti. @dayangsayangkamu yg tidak mengenakan bayaran satu sen pon malah tidak berkira untuk sama2 berhempas pulas tanpa rasa mengeluh dan menyesal untuk menyumbang kan suara beliau demi sebuah silaturahim.. beliau berkata, tiada nilai wang ringgit yg dapat menggantikan persahabatan kami berdua.. kerana beliau tidak mahu memperdagangkan anugerah Allah itu atas sesuatu yg tidak terungkap keagungan manafaat nya ke atas orang lain. . . . bagi membalas budi beliau dek kerana cabaran yg saya berikan untuk beliau menyampaikan lagu2 dalam bentuk irama asli yg bukannya sesuatu di dalam zon selesa nya...saya hadiahkan sebuah pentas untuk sekalian jiwa melihat bakat dan keupayaan beliau di dalam bidang nyanyian supaya insyaallah dunia akan menjadi saksi dan senantiasa Dayang menjadi KESUMA kita semua. . . . ambang #kesumajiwa2020 Istana Budaya 20.02.2020 8:30 mlm dibawakan khas oleh @rinetwork.my @zaloramy *tickets-SOLD OUT
A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on
Feb 16, 2020 at 2:31pm PST
Posting berkenaan kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata memuji kebaikan Dayang dan terharu dengan keikhlasan persahabatan yang terjalin antara mereka berdua.
"Terharunya tengok persahabatan Datuk dan Dayang. Semoga persahabatan ini kekal selamanya.
"Bahagianya ada kawan yang betul-betul ikhlas macam beliau. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian.
"Sucinya hati Dayang secantik orangnya," tulis sebahagian netizen.
Konsert Kesuma Jiwa yang menggabungkan muzik dan fesyen bakal dipentaskan pada 20 Februari ini di Istana Budaya Kuala Lumpur.
Foto kredit: Instagram @rizalman71
Topic Berkaitan
#Dayang Nurfaizah
#Instagram
#Istana Budaya
#konsert
#Konsert Kesuma Jiwa
#Rizalman Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan