awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ebby Yus cari jururawat selamatkan nyawanya dalam kapal terbang

Gempak
Gempak
22/11/2021
12:10 MYT
Ebby Yus cari jururawat selamatkan nyawanya dalam kapal terbang
Kata Ebby jururawat tersebut telah menyelamatkan nyawanya selepas dia pengsan akibat serangan jantung sebelum pesawat berhenti transit di Maldives. - Gambar Gempak
BEBERAPA hari lalu, pelawak dan pelakon, Ebby Yus, memuat naik hantaran di laman sosial Instagram (IG)nya mencari seorang jururawat yang merawatnya ketika dalam penerbangan ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah pada Oktober lalu.
Ebby berkata, jururawat tersebut telah menyelamatkan nyawanya selepas dia pengsan akibat serangan jantung sebelum pesawat berhenti transit di Maldives.
“Saya hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana menolong saya. Beliau telah menyelamatkan nyawa saya.
“Jika tidak kerana tindakan cepat beliau, saya pun tidak tahu apa yang akan berlaku,” katanya.
Terdahulu, Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, meminta jururawat tersebut supaya menghubunginya menerusi Instagram jika terbaca pesanan ditulisnya.
“Assalamualaikum. Saya ingin mencari jururawat yang pernah membantu saya ketika saya sakit di dalam penerbangan sewaktu perjalanan menunaikan ibadah umrah.
“Katanya, dia bekerja di Riyadh, Arab Saudi. Minta tolong hubungi saya (DM) ya. Terima kasih,” tulisnya. BACA: Ebby Yus mendapat serangan jantung dalam kapal terbang, dimasukkan ke hospital di Maldives sebelum tiba di Mekah
Ebby pada Oktober lalu diserang sakit jantung selepas pesawat dinaikinya mengalami gegaran kerana ‘air pocket’ dan jatuh pengsan.
Pelakon senior itu kemudiannya ditahan di sebuah hospital di Maldives sehari dan memohon untuk keluar dari wad selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk kos perubatan yang tinggi.
Perkara tersebut menyebabkan Ebby terlepas peluang untuk menyertai jadual rombongan umrahnya seperti yang dijadualkan kerana terpaksa tinggal di Maldives selama tiga hari lagi sebelum meneruskan perjalanan ke Mekah pada hari kelima.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini
Topic Berkaitan
#Ebby Yus
#serangan jantung dalam pesawat
#Maldives
#Mekah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan