awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elfira Loy diijabkabul pagi 1 Januari 2019

Astro Awani
Astro Awani
01/01/2019
03:16 MYT
Elfira Loy diijabkabul pagi 1 Januari 2019
ELFIRA LOY dan pasangannya, Khairol Faris Anuar selamat diijabkabulkan di pagi hari pertama tahun baharu 2019. - Gambar Instagram Elfira Loy
PELAKON terkenal, Elfira Loy dan pasangannya, Khairol Faris Anuar selamat diijabkabulkan di pagi hari pertama tahun baharu 2019.
Pasangan merpati dua sejoli itu bergelar suami isteri selepas mengikat tali pertunangan pada September lalu.
Dalam entri terbaharu di laman Instagram peribadinya sekitar setengah jam lalu, Elfira memuat naik foto beserta kapsyen bertulis Álhamdulillah'.
Tiada sebarang info lanjut mengenai majlis pernikahan itu yang dikongsi dengan peminat-peminatnya.
Entri Elfira mengenai majlis akad nikahnya itu turut menarik perhatian sebilangan selebriti yang mengambil kesempatan mengucapkan tahniah pada pelakon itu dan suaminya.
Antaranya pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil yang mengucapkan tahniah kepada Elfira.
Tidak ketinggalan turut berkongsi kegembiraan itu ialah pelakon Sherry Ibrahim, Izzue Islam, Nabila Razali dan ramai lagi.
Astro AWANI difahamkan, selain majlis akad nikah yang berlangsung pagi tadi, pasangan itu juga bakal melangsungkan lima resepsi sepanjang bulan Januari.
Selain nikah, majlis resepsi pasangan itu akan dilangsungkan pada setiap hujung minggu bermula minggu ini.
ELFIRA LOY kelihatan menawan mengenakan persalinan rekaan pereka ternama, Rizman Ruzaini pada majlis akad nikah pagi tadi. - Gambar Instagram Rizman Ruzaini
ELFIRA LOY kelihatan menawan mengenakan persalinan rekaan pereka ternama, Rizman Ruzaini pada majlis akad nikah pagi tadi. - Gambar Instagram Rizman Ruzaini
Elfira juga memilih busana perkahwinan daripada beberapa pereka terkenal tempatan yang pernah berkerjasama dengannya sebelum ini.
Selain Rizman Ruzaini, beberapa pereka fesyen lain yang dimaksudkan pernah menghasilkan gaun perkahwinan selebriti tempatan terkenal sebelum ini seperti Anzalna Nasir, Sharnaaz Ahmad dan Stacy.
Tahniah buat Elfira dan suami.
Topic Berkaitan
#Elfira Loy
#ijabkabul
#kahwin
#Khairol Faris Anuar
#pelakon
#Tahun Baharu 2019
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan