awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi ucap takziah pada keluarga Allahyarham Wahid Satay

Bernama
Bernama
22/05/2023
05:00 MYT
Fahmi ucap takziah pada keluarga Allahyarham Wahid Satay
Abdul Wahid yang mula aktif dalam dunia lakonan sejak 1957 dan membintangi lebih 30 filem meninggalkan enam orang anak. - Facebook Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga seniman veteran Abdul Wahid Ahmad atau lebih dikenali sebagai 'Wahid Satay' yang meninggal dunia di Singapura, pagi tadi.
"Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...Sedih mendapat khabar pemergian seniman legenda, Abdul Wahid bin Ahmad atau lebih dikenali Wahid Satay pagi ini.
"Saya doakan segala dosa Allahyarham diampuni, dan rohnya ditempatkan dalam kalangan para solehin...Al-Fatihah," katanya menerusi satu catatan di Facebook hari ini.
Menurut anak kedua Allahyarham, Hafizah Abdul Wahid, 67, jenazah Wahid, 93, akan disemadikan di Pusara Aman di Singapura selepas solat zohor nanti.
Abdul Wahid yang mula aktif dalam dunia lakonan sejak 1957 dan membintangi lebih 30 filem meninggalkan enam orang anak.
Isteri beliau telah meninggal dunia pada 1995.
Allahyarham pernah memenangi Anugerah Oskar Black Gold bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Pesta Filem Asia, Manila pada 1963, Pelawak Terbaik dalam Pesta Filem Asia di Taiwan pada 1966 dan Anugerah Perdana Emas oleh MediaCorp dalam acara Pesta Perdana pada 2007.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wahid Satay
#meninggal dunia
#Fahmi Fadzil
#takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan