awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Kadar zakat fitrah Perlis kekal RM9
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FFM28: 'Pembahagian kategori mengikut bahasa bukan satu diskriminasi' - FDAM

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
08/08/2016
10:03 MYT
FFM28: 'Pembahagian kategori mengikut bahasa bukan satu diskriminasi' - FDAM
Kepentingan filem berbahasa kebangsaan dalam festival filem bukan hanya diamalkan di Malaysia- FDAM
SUSULAN isu pengasingan kategori dalam Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM28), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) menjelaskan tindakan itu bukanlah sesuatu yang baharu dalam industri perfileman antarabangsa.
Mengambil contoh situasi yang sama yang turut diamalkan di negara-negara seperti India dan Austria, FDAM menegaskan tidak wujud unsur diskriminasi, sebaliknya ia hanya bertunjangkan asas memperjuangkan karya berbahasa kebangsaan dalam FFM.
Malah pengarah bukan Melayu diberi peluang yang sama untuk dicalonkan dalam kategori utama, seperti Saw Teong Hin melalui filem Jejak Warriors, memandangkan filem itu menggunakan bahasa Malaysia sebagai perantaraan.
"Individu bukan Melayu juga dipertimbangkan dalam kategori bahasa kebangsaan jika menghasilkan karya dalam bahasa itu, contohnya Saw Teong Hin dan filem arahannya, Jejak Warriors.
"FFM memberi pengkhususan beberapa kategori selaras dengan semangat perlembagaan di mana bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan," jelas FDAM melalui satu kenyataan media.
SUSULAN isu pengasingan kategori dalam Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM28), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) menjelaskan tindakan itu bukanlah sesuatu yang baharu dalam industri perfileman antarabangsa.  Mengambil contoh situasi yang sama yang turut diamalkan di negara seperti India dan Austria, FDAM menegaskan tidak wujud unsur diskriminasi, sebaliknya ia hanya bertunjangkan asas memperjuangkan karya berbahasa kebangsaan dalam FFM.  Malah pengarah bukan Melayu diberi peluang yang sama untuk dicalonkan dalam kategori utama, seperti Saw Teong Hin untuk filem Jejak Warriors, memandangkan filem untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai perantaraan.
Kenyataan akhbar dari FDAM berhubung isu pembahagian kategori di FFM28.
FFM28 mencetuskan kontroversi apabila mengasingkan tiga kategori utama iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik, kepada dua, iaitu bahasa Malaysia dan bukan bahasa Malaysia.
BACA: FFM: Apa saja filem yang lahir dari negara ini harus diterima sebagai filem Malaysia - Mahadi J Murat
BACA: Saya akan teliti isu kontroversi FFM28 - Salleh Said BACA: MIC minta Finas tidak asingkan kategori filem berdasarkan bahasa
Topic Berkaitan
#Festival Filem Malaysia
#FFM28
#filem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan