awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan pita suara, Adele berkomunikasi guna bahasa isyarat

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
18/07/2017
14:59 MYT
Gangguan pita suara, Adele berkomunikasi guna bahasa isyarat
Adele difahamkan tidak bercakap dan hanya berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat ketika mengunjungi sekolah anaknya baru-baru ini. - Gambar fail
Penyanyi antarabangsa Adele dilaporkan menggunakan bahasa isyarat ketika berkomunikasi, susulan gangguan yang dialami pada pita suaranya.
Penyanyi bersuara emas itu terpaksa berdiam diri selepas gangguan itu, yang memaksa dia membatalkan dua konsert yang dijadualkan pada awal bulan ini di Stadium Wembley, London.
Media antarabangsa mendedahkan, ketika Adele dan suaminya Simon Konecki melakukan lawatan ke sekolah anaknya, Angelo, 4, baru-baru ini, Konecki terpaksa melakukan semua perbincangan.
Adele difahamkan tidak bercakap dan hanya berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.
Memetik laporan portal The Sun, beberapa pihak yang tidak menyedari masalah kesihatan Adele tampil bertanya kenapa dia berdiam diri, namun dia tidak mampu menjawab persoalan mereka.
Sebelum ini, pasangan itu dikhabarkan akan kembali ke United Kingdom (UK) sepenuh masa.
Lawatan sekolah untuk anaknya di UK itu juga dilihat sebagai persiapan untuk mereka berpindah ke sana dari Los Angeles.
Topic Berkaitan
#Adele
#bahasa isyarat
#gangguan pita suara
#pindah
#Simon Konecki
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan