awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Surat Epstein: Mahkamah tolak saman fitnah US$10 bilion Trump terhadap WSJ
Konflik Asia Barat: Naib Presiden AS, Vance kata rundingan di Pakistan capai 'banyak kemajuan'
Krisis tenaga global: Kerajaan dan rakyat perlu bersatu, jadikan "loceng amaran" - Sultan Nazrin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jisoo BLACKPINK catat rekod jualan tertinggi minggu pertama menerusi album "ME"

Bernama
Bernama
07/04/2023
09:19 MYT
Jisoo BLACKPINK catat rekod jualan tertinggi minggu pertama menerusi album "ME"
Lagu utama album itu, "Flower," muncul di Carta Lagu iTunes Seluruh Dunia dan tersenarai dalam carta lagu 'top' di lebih 60 negara, serta di tangga keenam Global Spotify. - Gambar/ sooyaaa__ Instagram
SEOUL: Album solo ahli kumpulan BLACKPINK, Jisoo berjudul "ME" dilapor mencatat jualan tertinggi dalam kalangan penyanyi solo wanita K-pop pada minggu pertama dilancarkan, lapor Yonhap.
Sebanyak 1.17 juta salinan berjaya dijual sejak dilancarkan pada Jumaat lalu, menurut agensi YG Entertainment, memetik data daripada penjejak pasaran muzik tempatan Hanteo Chart.
Lagu utama album itu, "Flower," muncul di Carta Lagu iTunes Seluruh Dunia dan tersenarai dalam carta lagu 'top' di lebih 60 negara, serta di tangga keenam Global Spotify.
Jisoo ialah ahli keempat dan terakhir debut sebagai penyanyi solo.
Tiga ahli lain telah membuat penampilan sulung mereka sebagai penyanyi solo - Jennie dengan "Solo" pada 2018, dan Rose dengan album "R" manakala Lisa menerusi album "Lalisa" pada 2021.
--BERNAMA-YONHAP
Topic Berkaitan
#BLACKPINK
#Jisoo
#jualan album
#jualan tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan