awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jokowi 'layan' konsert Dewa 19 di Medan

Sinar Harian
Sinar Harian
14/02/2023
12:43 MYT
Jokowi 'layan' konsert Dewa 19 di Medan
Jokowi turut mengikut rentak lagu popular kumpulan itu di tempat duduk manakala isterinya, Iriana juga dilihat menari dan melambai tangan. - Gambar/ Media sosial
JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi yang sekian lama dikenali sebagai peminat kumpulan rock menyertai pengunjung menyaksikan persembahan secara langsung konsert Dewa 19 di pusat Konvensyen di Medan, Sumatera Utara, lapor Asia News Network (ANN).
Dalam rakaman video pendek yang diambil pemain keybord, Ahmad Dhani dari atas pentas, Jokowi dilihat sedang mengikut rentak lagu popular kumpulan itu di tempat duduk manakala isterinya, Iriana menari dan melambai tangan.
Jokowi yang memakai t-shirt lengan panjang warna coklat turut dilihat membacakan lirik lagu Dewa 19 seperti 'Pupus' dan 'Arjuna'.
Kemudian, dalam konsert tersebut, Ahmad Dhani mengarahkan anggota kumpulannya termasuk penyanyi Ari Lasso dan pemain bass, Yuke Sampurna menyambut presiden itu.
Ahmad Dhani adalah pengkritik lantang Jokowi dan merupakan penyokong kuat Pengerusi Parti Gerindra, Prabowo Subianto semasa bekas jeneral itu bertanding jawatan presiden pada 2014.
Prabowo pernah muncul ketika Dewa 19 memulakan jelajah reunion mereka pada minggu lalu di Stadium Antarabangsa Jakarta di Jakarta Utara. - Sinar Harian/ Agensi
Topic Berkaitan
#Jokowi
#konsert rock
#Dewa 19
#Medan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan