awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kabali' kutip RM12 juta dalam tempoh seminggu

Bernama
Bernama
03/08/2016
02:49 MYT
'Kabali' kutip RM12 juta dalam tempoh seminggu
Filem sentuhan pengarah India Pa. Ranjith itu menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia termasuk di Kuala Lumpur dan Pulau Carey. - Gambar fail
Filem Kabali yang dibintangi legenda filem Tamil, Rajinikanth bagai 'pisang goreng' panas dengan kutipan jualan tiket di pawagam di seluruh negara mencecah RM12 juta dalam tempoh tujuh hari ditayangkan.
Penerbit bersama filem itu Datuk Abdul Malik Dashtigeer berkata Kabali yang menemui penonton di seluruh negara sejak 22 Julai lepas masih mendapat sambutan luar biasa apabila kesemua tiket habis dijual di beberapa pawagam, lapor Bernama.
"Hasil jualan tiket Kabali di Malaysia sahaja telah mencatat RM12 juta setakat hari ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Abdul Malik yang juga pemilik syarikat Malik Streams berkata kutipan bagi Kabali versi Melayu pula masih tidak diketahui berikutan filem itu baru sahaja bertemu peminat pada Jumaat lepas di beberapa pawagan tertentu di negara ini.
Bagaimanapun, beliau berkata sambutan bagi filem yang dialih suara daripada bahasa Tamil ke bahasa Melayu buat kali pertamanya dalam dunia perfileman negara mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai kaum khususnya masyarakat Melayu.
Abdul Malik berkata filem versi Melayu itu ditayangkan di 48 pawagam di seluruh negara dan ia juga akan ditayangkan di Indonesia, Thailand dan China pada akhir bulan ini.
"Ramai yang menyukai versi Melayu kerana ia memberikan suatu pengalaman yang berbeza dan filem versi Melayu juga mempunyai klimaks yang agak berbeza dengan versi asal," jelasnya.
Abdul Malik juga berkata kutipan hasil jualan tiket bagi Kabali versi Tamil di seluruh dunia pula telah mencapai AS$58.62 juta (RM236 juta) dalam tempoh tujuh hari dan merupakan kutipan paling banyak bagi filem Tamil setakat ini.
Dalam filem Kabali, Superstar Rajinikanth atau nama sebenarnya Shivaji Rao memegang watak samseng Don di Malaysia, dan dikenali sebagai Kabaliswaran yang merupakan judul filem tersebut.
Filem sentuhan pengarah India Pa. Ranjith itu yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia termasuk di Kuala Lumpur dan Pulau Carey turut menampilkan pelakon tempatan seperti Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Zack Taipan serta pelakon terkenal Taiwan, Winston Chao.
Topic Berkaitan
#Kabali
#Kabali Melayu
#pawagam malaysia
#penonton filem. kutipan tiket
#Rajinikanth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan