awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kalau dah lenjan 15 jam Ironman, solat kat mana?' netizen tanya Alif Satar

Gempak
Gempak
30/10/2019
02:45 MYT
'Kalau dah lenjan 15 jam Ironman, solat kat mana?' netizen tanya Alif Satar
Alif melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan kesemua cabaran Ironman Langkawi dalam masa 15 jam 5 minit sejauh 3.8km berenang, 180 km berbasikal dan 42 km berlari.
SELEBRITI serba boleh, Alif Satar mendedahkan bagaimana dia menunaikan solat semasa menyertai cabaran Ironman Langkawi 2019 baru-baru ini.
Jelas Alif, pihak penganjur telah menyediakan tempat khas bagi umat Islam menunaikan kewajipannya.
"Ada ruang solat di transition 2 (bike to run). Bila ambil wudhu ada volunteer tolong pegangkan botol.
"Penganjur Ironman sediakan ruang khas untuk atlet Muslim," tulisnya.
Alif menulis jawapan sedemikian sebagai respon terhadap soalan netizen di ruangan komen akaun Instagram (IG) miliknya.
"Maaf tanya.. Kalau dah lenjan 15 jam macam tu, solat kat mana ye?
"Mereka ada stop solat ke? Maaf bertanya," soal netizen tersebut.
Alif atau Muhamad Alif Mohd Satar, 29, melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan kesemua cabaran Ironman Langkawi dalam masa 15 jam 5 minit sejauh 3.8 kilometer (km) berenang, 180 km berbasikal dan 42 km berlari.
BACA: “Tony Stark Is Not Ironman, I Am” - Alif Satar Berjaya Tamatkan Cabaran Dalam Masa 15 Jam!
Ia merupakan percubaan kedua penyanyi lagu Sesungguhnya Aku itu dalam cabaran sama.
Tahun lalu, Alif mencatatkan masa enam jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan keseluruhan sejauh 112.7 km, membabitkan berenang sejauh 1.6 km, berbasikal 90 km dan berlari sejauh 21.1 km.
Topic Berkaitan
#Alif Satar
#atlet Muslim
#berbasikal
#berenang
#berlari
#Ironman Langkawi
#Islam
#kewajipan
#Langkawi
#netizen
#penganjur
#solat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan