awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kalaulah saya ada peluang...' - Leona luah rasa sedih pemergian datuk kesayangan

Gempak
Gempak
09/07/2023
03:00 MYT
'Kalaulah saya ada peluang...' - Leona luah rasa sedih pemergian datuk kesayangan
Menurut Leona, dia masih tidak percaya dengan pemergian datuknya itu dan berharap diberikan kesempatan untuk bertemu dengan arwah. -Gempak
PEMPENGARUH dan cucu kepada Datuk Pahamin Rajab, Kasih Iris Leona meluahkan rasa dukacita dan sedih atas pemergian tokoh yang disegani ramai itu.
Kata Leona, dia masih tidak percaya dengan pemergian datuknya itu dan berharap diberikan kesempatan untuk bertemu dengan arwah.
"Masih tak percaya yang Tok Pok (panggilan kepada arwah) sudah tiada. Saya tak tahu nak rasa macam mana.
"Terima kasih atas kehidupan yang baik dan kepercayaan pada saya.
"Sepanjang hidup saya mahu membanggakan Tok Pok tapi datuk dah tidak bersama kami lagi, saya sudah tidak punyai peluang untuk bertanya 'adakah datuk bangga dengan apa yang saya capai?'
"Sedihnya kerana waktu untuk kita bersama-sama di dunia ini sudah berakhir. Saya harap saya ada peluang untuk mengucapkan salam akhir dan memeluk datuk.
"Tapi saya tak boleh putarkan balik masa melainkan akan menjadi cucu yang datuk banggakan.
"Kalau saya diberi peluang untuk berbicara dengan Tok Pok, saya mahu datuk tahu bahawa saya bersyukur dengan segala yang datuk berikan pada saya.
"Tanpa Tok Pok, saya bukanlah sebahagian daripada diri saya hari ini.
"Saya sangat bertuah menjadi cucu Tok Pok. Selamat tinggal, saya akan merindui Tok Pok selama-lamanya.
"Ketemu lagi dalam mimpi," coretnya menerusi hantaran di Instagram.
View this post on Instagram
A post shared by Leona (@kasihirisleona)
Allahyarham Pahamin meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke London, United Kingdom malam tadi.
Allahyarham yang juga bekas Pengerusi AirAsia Berhad dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi cucunya di London.
Bapa Leona, Azhar Sulaiman dan ahli keluarga lain akan berangkat ke London, esok. -Gempak
Topic Berkaitan
#Kasih Iris Leona
#Pahamin Rajab
#AirAsia
#azhar sulaiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan