awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Ujang tak berasas - MOY Publications

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
27/05/2019
07:40 MYT
Kenyataan Ujang tak berasas - MOY Publications
Ujang sifatkan penerbitan majalah 'Ujang' edisi bumper hari raya tidak sepatutnya berlaku, kerana dakwanya, majalah itu adalah hak miliknya.
Penerbit majalah Ujang, MOY Publications menyifatkan kenyataan Ibrahim Anon atau Ujang, tentang hak pemilikan majalah komik itu sebagai tidak berasas.
Sebaliknya, mereka menegaskan Ujang sudah menjadi hak milik syarikat berkenaan sejak tahun 1997.
"Hak mutlak sudah termaktub dalam undang-undang yang MOY Publications adalah pemegang hak.
"Ujang tidak ada hak langsung dan MOY Publications Sdn Bhd bebas untuk menggunakan nama majalah Ujang dan majalah Apo untuk diterbitkan tanpa perlu merujuk mana-mana pihak," kata Azrul Izar, Pengarah Jualan dan Operasi MOY Publications.
BACA: 'Saya tetap lawan walaupun hanya dengan hasil karya saya' - Ujang
Tambah Azrul lagi, penerbitan majalah itu bukan tindakan oportunis sebaliknya hanya memenuhi kehendak peminat yang merindui Ujang.
"Kami bebas terbitkan majalah ini pada bila-bila masa. Kami terbitkan atas permintaan peminat yang sangat merindui majalah ini.
"Sebab itu kami buat keputusan saat akhir untuk terbitkannya dua minggu sebelum puasa," ujar Azrul.
Sebelum ini, Ujang membuat kenyataan penerbitan majalah Ujang edisi bumper Hari Raya sebagai tidak adil dan tidak sepatutnya berlaku, kerana majalah itu adalah hak miliknya.
BACA: Edisi istimewa bumper nostalgia raya Ujang imbau memori Aidilfitri
Topic Berkaitan
#kartunis
#komik
#majalah
#Ujang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan