awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan indie Iqbal M hadiahkan Kita Mesti Jumpa sempena Aidilfitri

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
30/04/2021
05:43 MYT
Kumpulan indie Iqbal M hadiahkan Kita Mesti Jumpa sempena Aidilfitri
Selepas ada peminat yang bertanya tentang lagu hari raya, Iqbal terus menyanyikan secara spontan dan ramai menyukai lagu Kita Mesti Jumpa. - Gambar ihsan Luncai Emas
KUMPULAN indie yang semakin menjadi sebutan, Iqbal M tampil dengan sebuah lagu istimewa Kita Mesti Jumpa sempena kedatangan Aidilfitri.
Kita Mesti Jumpa dihasilkan secara tidak sengaja oleh Iqbal ketika sedang bersiaran langsung di Instagramnya tiga tahun yang lalu.
Selepas ada peminat yang bertanya tentang lagu hari raya, Iqbal terus menyanyikan secara spontan dan ramai menyukai lagu Kita Mesti Jumpa.
"Bukan sesuatu yang mudah untuk membuat lagu raya kerana mungkin sebab kita semua sudah biasa dengan lagu-lagu raya lama yang dah tertanam dalam diri masing-masing.
"Sampaikan susah untuk kita cuba menerima gaya baru lagu-lagu raya yang ada," kata Iqbal dalam satu kenyataan.
Iqbal M mengekalkan penerbit yang sama ketika merakamkan album PSJKB untuk lagu Kita Mesti Jumpa dan menggunakan khidmat Bijan untuk proses adunan sementara proses mastering dibuat oleh Felix Voon.
Single Kita Mesti Jumpa akan dilancarkan di platform digital mulai 3 Mei nanti.
Album PSJKB yang dikeluarkan pada 2019 terjual secara fizikal sebanyak 4,000 salinan dan telah memenangi anugerah Kulit Album Terbaik, Lagu Terbaik (Jangan Cakap Saja) dan juga Artis Terbaik di Tapau Awards 2019.
Iqbal M dianggota oleh Iqbal (vokal, akustik gitar, synthesizer), Johan (Gitar), Shah (Bass), Fei (Gitar) dan Aidil (Drum,Perkusi).
Topic Berkaitan
#Iqbal M
#indie
#Kita Mesti Jumpa
#Aidilfitri
#PSJKB
#Lagu
#Single
#Ramadan
#kumpulan Indie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan