awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan nasyid Malaysia, Inteam, cipta impak di festival Algeria

Bernama
Bernama
06/07/2025
13:02 MYT
Kumpulan nasyid Malaysia, Inteam, cipta impak di festival Algeria
Dengan mengenakan busana tradisional Melayu, kumpulan itu menyampaikan persembahan penuh penghayatan. - Instagram @syahinteam
KUMPULAN nasyid Malaysia, Inteam memukau para penonton pada Festival Alunan Nasyid Antarabangsa Constantine ke-11 di Algeria menerusi persembahan sulung mereka di Afrika Utara yang berjaya merentasi batas budaya dan bahasa.
Dengan mengenakan busana tradisional Melayu, kumpulan itu menyampaikan persembahan penuh penghayatan dan menyerlah dalam kalangan sembilan kumpulan luar negara yang dijemput -- termasuk dari Oman, Tunisia, Belgium, Jordan, Senegal, Syria, Tanzania dan Bosnia -- ke festival berprestij yang diadakan di bandar bersejarah Constantine dari 25 hingga 30 Jun.
"Busana tradisional Melayu mereka mencetuskan minat dan kekaguman dalam kalangan penonton antarabangsa. Pendekatan diplomasi budaya ini menambah sentuhan istimewa kepada persembahan seni mereka," kata Duta Besar Malaysia ke Algeria, Rizany Irwan Muhamad Mazlan kepada Bernama pada Ahad.
Inteam merupakan satu daripada sembilan kumpulan antarabangsa yang dijemput membuat persembahan pada edisi ke-11 Festival Alunan Nasyid Antarabangsa Constantine (Mahrajan Al Inshad Al Duwali) di bandar Constantine, timur laut Algeria.
Acara itu turut disertai tujuh kumpulan dari Algeria serta peserta dari Oman.
Inteam menggambarkan jelajah pertama mereka ke Afrika Utara sebagai sebuah perjalanan yang melangkaui sempadan bahasa, negara dan budaya menerusi nasyid.
Penyertaan Inteam dalam festival berprestij itu memperkukuh kehadiran Malaysia di peringkat antarabangsa serta membuka peluang kepada kerjasama lebih luas dalam platform seni antarabangsa pada masa hadapan.
"Kehadiran mereka menjadi bukti peranan seni persembahan Islam dalam menyemai perpaduan dan saling menghormati antara budaya," kata Rizany.
Sepanjang festival itu, turut diadakan bengkel latihan belia dan seminar yang menumpukan kepada usaha memelihara warisan muzik dan memupuk dialog antara budaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nasyid
#Inteam
#festival nasyid
#constantine
#Algeria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan