awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagu Yuna dipilih lagu latar dalam episod pembukaan Grey's Anatomy

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
28/09/2016
03:27 MYT
Lagu Yuna dipilih lagu latar dalam episod pembukaan Grey's Anatomy
Lagu-lagu dendangan Yuna terus mendapat perhatian. - Foto Aimanness Harun / Courtesy Yuna
KEHADIRAN penyanyi Yuna dalam arena muzik antarabangsa terus mendapat perhatian.
Kali ini, salah satu lagu dalam album terbaharunya, Chapters, iaitu All I Do, terpilih untuk dimainkan dalam episod pertama musim ke 13 siri Grey's Anatomy.
Episod itu ditayangkan pada 22 September lalu di saluran ABC di Amerika Syarikat.
Lagu dari track terakhir album antarabangsa ketiganya itu dimainkan dalam satu babak di mana watak utama siri itu, Dr. Meredith Grey, membuat pengakuan tentang siapa sebenarnya yang memukul Andrew DeLuca salah satu watak dalam siri itu.
All I Do merupakan antara lagu balada dalam Chapters, dan ia adalah hasil kerjasama antara Yuna dan komposer yang pernah memenangi Anugerah Grammy, David Foster.
Grey's Anatomy, antara siri paling popular dan berjaya di seluruh dunia, seringkali berjaya mempopularkan lagu-lagu yang kurang mendapat perhatian.
Lagu Chasing Pavement nyanyian Adele, antara lagu yang mula popular selepas dimainkan dalam siri itu, beberapa tahun lepas.
Topic Berkaitan
#All I do
#Chapters
#David Foster
#Grey's Anatomy
#Yuna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan