awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan masuk rumah Azhar Sulaiman dibina atas bekas tempat sembahyang Orang Asli

Gempak
Gempak
03/08/2023
07:50 MYT
Laluan masuk rumah Azhar Sulaiman dibina atas bekas tempat sembahyang Orang Asli
Dalam salah satu video house tour yang dikongsikan, Azhar sempat bercerita mengenai satu batu misteri yang tidak boleh dipecahkan ketika rumahnya dibina. - Foto Gempak
SEJAK beberapa hari kebelakangan ini, pelakon Azhar Sulaiman berkongsi siri video house tour khusus untuk pengikut di TikTok.
Ramai dalam kalangan peminat terkejut apabila Azhar membawa mereka secara virtual melawat kawasan rumahnya yang bersaiz mega.
Namun, dalam salah satu video house tour yang dikongsikan, Azhar sempat bercerita mengenai satu batu misteri yang tidak boleh dipecahkan ketika rumahnya dibina.
“Kalau orang datang rumah, mereka akan tanya, ini ruang apa? Macam stor, tapi tinggi. Macam tempat pemujaan… Di bawah ini adalah batu granit yang tak boleh dipecahkan. Ini adalah satu misteri. Batu yang besar ni bukan setakat tak dapat dipecahkan, malah ia terkeluar sampai dinding luar rumah.
“Setiap kali orang datang, mereka akan tanya, ni apa? Bekas simen tak dibuang ke? Ini adalah sebahagian daripada batu yang di dalam itu. Terkeluar sampai sini,” terangnya.
Menurut Azhar, sungguhpun dia cuba untuk memecahkan batu tersebut sebelum membina rumah, namun, usahanya itu sia-sia.
“Selalunya kalau dalam proses rock hacking, mesin kalau hentak je batu, akan berderai. Tapi yang ni dia tak nak pecah. Dia pecah-pecah kecil sahaja. Lepas tukar mata dua tiga kali, kita putuskan untuk tak pecahkan batu-batu yang lain.
“Batu ini sebahagian daripada tempat orang asli sembahyang dulu. Masa site visit memang jumpa tempat ni. Tapi tak sangka ia sebahagian daripada laluan masuk rumah saya sekarang,” tutupnya. -- Gempak
Topic Berkaitan
#azhar sulaiman
#tempat sembahyang Orang asli
#pecahkan batu
#kawasan rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan