awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menderita tumor otak, anak Bob Lokman meninggal dunia

Gempak
Gempak
05/10/2018
04:08 MYT
Menderita tumor otak, anak Bob Lokman meninggal dunia
Adam, 25 tahun, sentiasa menemani bapanya, Bob Lokman, ke merata tempat mengikuti program dakwah. - Foto Astro GEMPAK
ANAK kepada pelakon dan penceramah bebas, Bob Lokman iaitu Mohamad Adam Mohd Hakim Lokman meninggal dunia pada pukul 1 pagi tadi selepas rebah di beranda rumahnya.
Menerusi entri di Instagram (IG), pelakon Adam Hamid Jarnail, mengakui sedih dengan berita permergian anak Bob Lokman.
"Inna lillahi wa inna ilaihi roo'jiun. Pergimu di Pagi Jumaat yang penuh kemuliaan #HusnulKhotimah.
"Telah kembali ke Rahmatullah anakanda kepada abang Bob Lokman , Mohamad Adam Bin Mohd Hakim Lokman (25 tahun) rebah di beranda rumahnya di Saujana Akasia Sg Buloh, sekitar jam 1 pagi tadi - Jumaat 24 Muharram 1440H - 5/10/2018.
View this post on Instagram
Inna lillahi wa inna ilaihi roo'jiun Pergimu di Pagi Jumaat yang penuh kemuliaan #HusnulKhotimah Telah kembali ke Rahmatullah anakanda kepada abang Bob Lokman @bob_Lokman (penulis lirik/komposer/pelakon/pendakwah) Mohamad Adam Bin Mohd Hakim Lokman (25 tahun) rebah diberanda rumahnya di Saujana Akasia Sg Buloh, sekitar jam 1 pagi tadi - Jumaat 24 Muharram 1440H - 5/10/2018 Adam anak yang sangat baik, menjaga abg Bob saat terlantar sakit, dia umpama tangan kanan yang tidak pernah berpisah dengan ayahnya. Masih terbayang2 senyum dan ketawa kecilnya , menyuap makanan pada ayahya di hospital. Mereka berdua terlalu rapat, Adam sentiasa menemani ke merata tempat mengikuti program dakwah Abg Bob, ke Sabah, Pulau Perhentian, menyambangi seluruh Negara Adam mempunyai sejarah lampau, sakit brain tumor. Solat jenazah Adam akan di lakukan di Masjid al Hikmah, Kuang, Sungai Buloh usai solat jumaat. Saya (Ustaz Dr Riduan Md Noor) mewakili keluarga Abang Bob Lokman, merayu teman2 untuk sama-sama solat jenazah anak muda ini, anak yang taat serta suka berbakti kepada keluarga. Ya Allah tempatkanlah Mohamad Adam Bin Mohd Hakim Lokman dikalangan orang-orang soleh. Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu Aminnn aminn aminn Ya Rabbal Alamin Catatan - Ustaz Dr Riduan Md Noor
A post shared by Adam Hamid (@adamhamidjarnail) on
Oct 4, 2018 at 4:38pm PDT
"Adam anak yang sangat baik, menjaga Abang Bob saat terlantar sakit, dia umpama tangan kanan yang tidak pernah berpisah dengan ayahnya. Masih terbayang-bayang senyum dan ketawa kecilnya, menyuap makanan pada ayahya di hospital.
"Mereka berdua terlalu rapat, Adam sentiasa menemani ke merata tempat mengikuti program dakwah Abang Bob ke Sabah, Pulau Perhentian, menyumbangi seluruh negara. Adam mempunyai sejarah lampau, sakit brain tumor.
"Solat jenazah Adam akan di lakukan di Masjid al Hikmah, Kuang, Sungai Buloh usai solat jumaat. Saya (Ustaz Dr Riduan Md Noor) mewakili keluarga Abang Bob Lokman, merayu teman-teman untuk sama-sama solat jenazah anak muda ini, anak yang taat serta suka berbakti kepada keluarga," tulisnya.
Kami di Gempak mengucapkan takziah pada keluarga Bob Lokman dan semoga roh Allahyarham Mohamad Adam Mohd Hakim Lokman tempatkan dikalangan orang-orang soleh.
Topic Berkaitan
#anak
#Bob Lokman
#Instagram
#meninggal dunia
#Mohamad Adam Mohd Hakim Lokman
#otak
#pelakon
#sakit
#tumor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan