awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nikah kali kedua, Siti Norsaida Tarudin mohon maaf buat majlis tertutup

Gempak
Gempak
06/10/2016
06:48 MYT
Nikah kali kedua, Siti Norsaida Tarudin mohon maaf buat majlis tertutup
Dengan sekali lafaz, Hafiizh, 36, yang sudah mengenali Saida selama empat tahun sah bergelar suami kepada penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 7 itu . - Kredit foto: Artixmotion by Kuain Ibrahim
PENYANYI Saida Tarudin atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 40, memohon maaf kerana mengadakan majlis pernikahan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media atas sebab yang terlalu peribadi.
"Majlis pernikahan saya hanya membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara dan kawan terdekat sahaja.
"Atas permintaan keluarga termasuk anak saya sendiri, majlis ini diadakan tanpa teman media. Terlalu ramai pihak yang perlu dijaga perasaan mereka.
"Apatah lagi, perkahwinan ini merupakan perkahwinan kedua bagi saya dan suami. Saya dengan penuh kerendahan hati bersama ahli keluarga lain memohon maaf di atas kesulitan ini.
"Saya menyedari hal yang baik ini memang perlu dikongsi. Namun begitu, saya berharap, semua pihak dapat mendoakan kebahagiaan saya dan suami.
"Ketika ini, kami selesaikan dahulu majlis nikah. Soal ke depan, Insya-Allah akan diadakan majlis persandingan,” kata Saida menerusi sebuah kenyataan media kepada Astro Gempak.
Saida yang juga kakak kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza, memilih untuk melangsungkan pernikahan dengan cinta hatinya, Hafiizh Che Mat pada jam 2.40 petang semalam di Masjid Al Muklisin, Alam Damai Cheras.
Dengan sekali lafaz, Hafiizh, 36, yang sudah mengenali Saida selama empat tahun sah bergelar suami kepada penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 7 itu dengan mas kahwin bernilai RM80 dan wang hantaran sebanyak RM10,000.
Hafiizh yang bekerja dalam bidang pengurusan acara, kamera video dan produksi menyerahkan tiga dulang hantaran kepada Saida manakala penyanyi itu membalasnya dengan lima dulang hantaran.
Sebelum ini, Saida pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.
Hasil perkahwinan lalu, Saida dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah. Hafiizh juga turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.
Topic Berkaitan
#kahwin kali kedua
#Saida
#Saida Tarudin
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan