awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nourul kongsi berita gembira bersama peminat

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
17/10/2018
09:30 MYT
Nourul kongsi berita gembira bersama peminat
Nourul teruja bakal menimang cahaya mata ketiga hasil perkahwinannya dengan Eric. - Instagram @nouruldepp
Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Azali, Nourul berkongsi berita gembira dan teruja bersama peminat di laman instagram miliknya menyatakan bakal menimang cahaya mata ketiga hasil perkahwinannya dengan suami tercinta Eric Daniel Depp.
Noorulhuda Abdul Wahab atau Nourul Depp juga berdoa inginkan anak perempuan untuk bakal cahaya matanya kali ini dan ingin menamakan anaknya Isabella kerana meminati lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi rock legenda, Amy Search.
View this post on Instagram
Terkesima tak tahu nak kata apa. Betapa besarnya kuasa Allah. Anak ke 4 pun dok rasa excited Sama macam anak first . Saya decided untuk kongsi Kan Rahmat allah ini dnegan semua. . Nanti bilik bersalin je lah tak boleh masuk ya. Tak boleh tengok. Kalau kita ornag putih pun, tak boleh tengok yang kena censored . Tak elok snagat aih Kan na . Doakan yang ini semanis @ayu_ace doakan juga ianya seorang perempuan. Andai itu yang terbaik buat kami, mohon Allah izinkan. Tapi jika sebaliknya pun, tak apa. . Niat di hati kalau perempuan nak namakan #isabella sebab minat dengan @aku.amysearch
Meskipun mengharapkan anak perempuan, Nourul bagaimanapun menyatakan bahawa dia tetap menerima jika yang dikandungnya itu adalah bayi lelaki.
“Kalau lelaki, haaaa kena bukak buku nama lah nampaknya hahahaa. Tak prepare!” seloroh Nourul di kapsyen Instagram miliknya.
Topic Berkaitan
#anak
#hamil
#nurul depp
#penyanyi
#selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan