awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembawa watak Star Wars R2-D2, Kenny Baker, meninggal dunia

Agensi
Agensi
14/08/2016
04:33 MYT
Pembawa watak Star Wars R2-D2, Kenny Baker, meninggal dunia
Disifatkan sebagai seorang yang istimewa, Baker yang hanya berketinggian 1.1 meter menjadi perhatian dunia dengan watak droid tersebut. - Foto AP
PEMBAWA watak robot silinder R2-D2 dalam filem Star Wars, Kenny Baker, meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Baker meninggal dunia di sisi keluarga di kediamannya yang terletak di Preston, barat laut England.
Disifatkan sebagai seorang yang istimewa, Baker yang hanya berketinggian 1.1 meter menjadi perhatian dunia dengan watak droid tersebut.
Walaupun tidak menunjukkan wajahnya sewaktu menjayakan watak R2-D2, Baker mengumpul ramai peminat selepas kemunculan pertamanya dalam siri Star Wars pada 1977.
Baker yang bertarung dengan penyakit komplikasi paru-paru pada penghujung usianya, sudah terlibat dalam enam filem Star Wars sepanjang kariernya di Hollywood. Dia juga muncul dalam beberapa filem ikonik tahun 80-an seperti The Elephant Man, Time Bandits dan Flash Gordon.
Dilahirkan dalam keluarga yang cintakan muzik pada 24 Ogos 1934, Baker mula menceburkan diri dalam dunia seni sejak usia 16 tahun.
Pelakon Ewan McGregor yang terlibat dalam tiga francais Star Wars, juga menzahirkan rasa dukacitanya melalui akaun Twitter rasminya:
So sorry to hear about this. It was lovely working with Kenny. Kenny Baker, Star Wars R2-D2 actor, dies aged 81 https://t.co/9HW6f3MWZl
— Ewan McGregor (@mcgregor_ewan) August 13, 2016
Sementara itu, aktor Mark Hamill, yang membawa watak Luke Skywalker dalam filem trilogi Star Wars turut memberi penghormatan terakhir:
Goodbye #KennyBaker A lifelong loyal friend-I loved his optimism & determination He WAS the droid I was looking for! pic.twitter.com/rd94OEYaHi
— Mark Hamill (@HamillHimself) August 13, 2016
Topic Berkaitan
#Kenny Baker
#meninggal dunia
#Star Wars
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan