awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi "Anak" Freddie Aguilar meninggal dunia, dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Manila

Astro Awani
Astro Awani
27/05/2025
14:03 MYT
Penyanyi "Anak" Freddie Aguilar meninggal dunia, dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Manila
Freddie Aguilar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Manila pada Selasa malam, selepas dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi organ. - Foto Facebook Freddie Aguilar
JENAZAH bintang legenda Filipina, Freddie Aguilar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Manila pada Selasa malam, selepas dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi organ.
Media tempatan melaporkan, pengebumian Aguilar disahkan oleh Pejabat Hal Ehwal Muslim Bandar Muntinlupa. Beliau memeluk Islam pada 2013 dengan nama Abdul Fareed.
Pengebumian Aguilar diuruskan oleh Pejabat Hal Ehwal Muslim Bandar Muntinlupa, dengan solat jenazah diimamkan pengarahnya, Johnny Guiling.
Isterinya, Jovie Albao, berkongsi berita mengenai kematian Aguilar menerusi media sosial dan turut mengucapkan terima kasih kepada mereka bertanya khabar.
Aguilar, 72 tahun, meninggalkan Jovie serta empat anaknya daripada perkahwinan sebelumnya, Maegan, Jonan, Isabella, dan Jeriko.
Dianggap sebagai salah satu tonggak dan ikon muzik asli Filipina (OPM), beliau terkenal dengan lagu "Anak" yang menjadi hit antarabangsa dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa, termasuk bahasa Melayu.
Topic Berkaitan
#Filipina
#Freddie Aguilar
#anak
#meninggal dunia
#Abdul Fareed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan