awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi terkenal Afgan positif COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2021
03:45 MYT
Penyanyi terkenal Afgan positif COVID-19
Afgan bagaimanapun tidak mengalami sebarang simptom kronik virus itu dan kini sedang jalani kuarantin kendiri di rumah. - Gambar Instagram
JAKARTA: Selepas Bunga Citra Lestari (BCL) dijangkiti COVID-19, seorang lagi artis termasyhur Indonesia, Afgan pula mengumumkan berita dia juga menjadi mangsa terbaharu wabak itu sejak beberapa hari lalu.
Sehubungan itu, artis berusia 32 tahun itu berkata, dia kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Bagaimanapun, Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza menyatakan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang simptom kronik virus itu.
"Saya dijangkiti COVID. Hari ini merupakan hari keempat saya dan setakat ini tidak mengalami sebarang gejala. Barangkali kerana sudah divaksinasi, jadi semua orang tolong dapatkan vaksin kerana sekiranya anda dijangkiti virus itu, ia tidak akan seburuk itu,” kata Afgan dalam perkongsian di akaun Instagramnya.
Berikutan menjalani kuarantin kendiri di rumah, penyanyi yang popular dengan lagu Terima Kasih Cinta itu tidak terlepas daripada memberi perhatian pada kesihatannya dengan melakukan senaman ringan.
"Beginilah cara saya untuk kekal aktif selama kuarantin sekadar melakukannya secara ringan dan mudah. Buat anda yang dijangkiti COVID-19 tanpa gejala seperti saya, sekiranya mahu bersenam, lakukanlah dengan ringan,” ujar artis yang juga sahabat rapat penyanyi Rossa.
View this post on Instagram
A post shared by Afgan #Wallflower OUT NOW! (@afgan__)
Sementara itu, di ruangan komen akaun Instagramnya itu, beberapa selebriti dari negara jiran itu turut memberikan kata-kata semangat kepada Afgan serta mendoakan agar dia segera diberi kesembuhan.
Antara yang menurunkan komen ialah BCL yang menulis komen ringkas ‘semangat’ buat rakannya itu.
Tidak ketinggalan penyanyi terkenal, Marcell yang menitipkan doa semoga Afgan agar segera sihat dan kembali normal.
Topic Berkaitan
#Afgan
#Afgan positif COVID-19
#penyanyi terkenal Indonesia
#Terima Kasih Cinta
#Afgansyah Reza
#Bunga Citra Lestari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan