awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: IEA, IMF, Bank Dunia beri amaran harga bahan api, baja mungkin kekal tinggi untuk tempoh lama
Konflik Asia Barat: Iran terbuka kepada rundingan yang berprinsip dan logik
Ringgit melonjak 135 mata asas kepada 3.96 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhatian peminat K-pop! Giliran iKON dan WINNER singgah Malaysia

Gempak
Gempak
24/08/2018
23:30 MYT
Perhatian peminat K-pop! Giliran iKON dan WINNER singgah Malaysia
Ini adalah persembahan pertama kali WINNER di sini manakala kedua buat kumpulan iKON.
BUAT peminat K-pop, dua kumpulan popular yang bernaung dibawah pengurusan YG Entertainment iaitu IKON dan WINNER bakal singgah ke negara ini untuk membuat persembahan.
Kunjungan kali ini yang dibawakan MacpiePro adalah sebahagian daripada siri jelajah dua kumpulan Korea tersebut.
Menariknya, ini adalah persembahan pertama kali WINNER di sini manakala kedua buat kumpulan iKON.
Persembahan selama dua hari berturut-turut iaitu iKON 2018 Continue Tour In Kuala Lumpur pada 13 Oktober manakala 14 Oktober bersama WINNER 2018 Everywhere Tour In Kuala Lumpur bermula jam 6 petang pastinya dinantikan ramai peminat.
Kedua persembahan ini akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
iKON dianggotai tujuh ahli iaitu, B.I, Jay, Bobby, Song, Ju-ne, DK dan Chan. Huruf "C" dalam "ICON" digantikan dengan "K" bagi membayangkan bahawa anggota kumpulan tersebut mampu menjadi ikon Korea.
Kumpulan WINNER pula dianggotai empat pemuda terdiri daripada Yoon, Jinu, Hoony dan Mino.
Tiket untuk setiap konsert berharga RM693 (Zon IKONIC/INNER CIRCLE), RM673 (Zon Merah), RM573 (Zon Kuning), RM483 (Zon Ungu), RM373 (Zon Hijau) dan RM273 (Zon Biru).
Bagi peminat berumur 18 tahun ke bawah berpeluang menikmati harga istimewa RM98 untuk tiket berharga RM273 untuk kedua konsert ini. Tiket boleh dibeli melalui www.ticketcharge.com.my.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Soompi
Topic Berkaitan
#ikon
#K-pop
#konsert
#Korea
#Korea Selatan
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#shah alam
#WINNER
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan