awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rai ulang tahun ke 57, lautan manusia banjiri kediaman Shah Rukh Khan

Faida Rahim
Faida Rahim
04/11/2022
00:30 MYT
Rai ulang tahun ke 57, lautan manusia banjiri kediaman Shah Rukh Khan
Shah Rukh Khan melambai kepada peminatnya yang berkumpul sempena ulang tahun kelahirannya di kediamannya di Mumbai, India, 2 Nov 2022. (Foto AP)
MELENGKAPI tradisi tahunan di India, ribuan peminat fanatik aktor Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan membanjiri perkarangan kediamannya di Mumbai, pada Rabu.
Memetik laporan Hindustan Times, aktor yang meraikan ulang tahun ke 57 pada 2 November itu dilaporkan bertemu dengan para peminatnya sambil berdiri di atas tembok besar di banglo mewah enam tingkat yang dikenali sebagai Mannat.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, kediaman aktor terkenal itu akan dipenuhi peminat bukan sahaja dari India, malah dari seluruh dunia.
Ribuan peminat akan berkumpul sejak awal pagi menanti kehadiran aktor kesayangan mereka memberi lambaian istimewa dan mengambil gambar.
Dalam pada itu, pihak berkuasa India turut mengawal perkarangan lokasi kediaman Shah Rukh Khan bagi memastikan tiada kejadian buruk berlaku.
View this post on Instagram
A post shared by Shah Rukh Khan (@iamsrk)
Sementara itu, aktor yang baru sahaja tampil dengan filem 'Pathaan' itu turut berswafoto bersama para peminatnya dan mengabadikan memori dengan memuat naik gambar di Instagramnya.
Dalam hantaran itu, beliau menulis, “Saya dapat lihat lautan cinta. Terima kasih semua kerana berada di sana dan menjadikan hari ini begitu istimewa. Terima kasih dan hanya kasih sayang untuk anda semua”.
Reaksi peminat Shah Rukh Khan yang berkumpul di luar kediamannya untuk menyambut hari lahirnya ketika aktor itu melambai tangan kepada mereka, di Mumbai, India, 2 Nov 2022. (Foto AP)
Reaksi peminat Shah Rukh Khan yang berkumpul di luar kediamannya untuk menyambut hari lahirnya ketika aktor itu melambai tangan kepada mereka, di Mumbai, India, 2 Nov 2022. (Foto AP)
Topic Berkaitan
#Mumbai
#Shah Rukh Khan
#India
#Bollywood
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan