awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rajinikanth kembali ke Malaysia untuk sambung penggambaran 'Kabali'

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
02/02/2016
04:32 MYT
Rajinikanth kembali ke Malaysia untuk sambung penggambaran 'Kabali'
Rajinikanth tiba di KLIA pada Isnin sekitar jam 6 petang untuk menyambung penggambaran filem terbaharunya, Kabali. - Twitter/@RajiniFC
Lagenda filem Tamil, Rajinikanth tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam sekitar jam 6 petang untuk menyambung penggambaran filem terbaharunya, 'Kabali'.
Ketibaan beliau sekali lagi disambut meriah oleh peminat serta diiringi pengawal keselamatan dan pihak polis di KLIA.
Memetik beberapa laporan media, pelakon berusia 64 tahun itu akan berada di Kuala Lumpur selama 16 hari untuk meneruskan penggambaran filem Kabali.
BACA: Rajinikanth terus jadi tumpuan peminat di Malaysia
Penggambaran ini dikatakan untuk adegan terakhir bagi filem tersebut.
Bagaimanapun, lokasi penggambaran tidak didedahkan atas tujuan keselamatan.
#Thalaivar #Rajini arrives at Malaysian Airport for the final schedule of #Kabali pic.twitter.com/WPmm6kcG0j
— Rajinikanth Fans (@RajiniFC) February 1, 2016
That Style! That Walk!That Speed!Never gets old\m/
Posted by Superstar Rajinikanth on
Rajinikanth sebelum ini tiba di Malaysia pada 26 Oktober lalu untuk memulakan penggambaran filem ini.
Susulan itu, ia mencetuskan fenomena tersendiri di laman sosial, dengan hashtag seperti #rajinikanthinmalaysia dan #kabaliinmalaysia mula membanjiri Facebook, Instagram dan Twitter.
'Kabali' merupakan filem Rajinikanth ke-159 dan dijangka mula ditayangkan pada April ini. Filem itu diarah oleh pengarah filem, Pa Ranjith.
Selepas penggambaran ini, Rajinikanth akan kembali ke Chennai, India untuk memulakan penggambaran filem seterusnya iaitu sekuel kepada 'Endhiran' yang bertajuk 'Endhiran 2' (Robot). VIDEO: Rajinikanth di Melaka untuk penggambaran Kabali
Topic Berkaitan
##Kabaliinmalaysia
##rajinikanthinmalaysia
#Kabali
#Kabali in Malaysia
#Rajinikanth in Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan