awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rugi RM35,000, Sherry Ibrahim kena rompak

Gempak
Gempak
25/05/2018
00:50 MYT
Rugi RM35,000, Sherry Ibrahim kena rompak
Sherry pasrah dengan dugaan yang menimpa perniagaannya dua kali berturut-turut dalam tempoh kurang sebulan.
PELAKON Sherry Ibrahim tampil membuat laporan polis apabila mengalami kerugian hampir RM35,000 setelah tiga kotak tudung jenamanya, Sherry Scarves hilang ketika dalam perjalanan ke Brunei.
Dalam ketiga-tiga kotak yang hilang itu terdapat sekurang-kurangnya 312 helai tudung untuk dijual sempena Letop Lebaran 2018 di negara jiran itu.
"Sedih dan reda dengan apa yang berlaku hari ini.
"Petang tadi dapat call dan diberitahu tiga kotak dari 21 kotak yang setiap satu mengandungi 104 helai tudung Sherry Scarves hilang dalam perjalanan!
"Dan kotak-kotak selebihnya semua dalam keadaan basah.
"Jumlah kerugian adalah sebanyak RM35,000 (jumlah tudung sebanyak 312 helai)," tulisnya di laman Instagram Khamis malam.
Bagaimanapun, Sherry pasrah dengan dugaan yang menimpa perniagaannya dua kali berturut-turut dalam tempoh kurang sebulan.
BACA: Hilang 9 telefon bimbit, pejabat Sherry Ibrahim dimasuki pencuri
"It's okay, ini adalah dugaan untuk Sherry dan team Sherry Scarves.
"Tak semua sanggup nak susah untuk mencari dan mendapat rezeki yang halal.
"Mungkin itu cara sesetengah golongan yang nak hidup senang.
"Saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya," tambah Sherry.
Baru 2 minggu lepas 8 handphone dalam office kene curik... Hari ini another kes..
Topic Berkaitan
#Brunei
#curi tudung
#rompak
#Sherry Ibrahim
#Sherry Scarves
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan