awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis Konvokesyen CeIO dihadiri Azam Baki dikawal ketat
Stesen minyak kehabisan stok kes terpencil, bekalan negara mencukupi – Anthony Loke
PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepak Takraw Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya masih minat bidang seni dan tidak akan berhenti berlakon - Aaron Aziz

Gempak
Gempak
31/10/2018
08:20 MYT
Saya masih minat bidang seni dan tidak akan berhenti berlakon - Aaron Aziz
Dakwaan saya berhenti berlakon adalah tidak benar kerana saya masih aktif dalam bidang seni.
PELAKON Datuk Aaron Aziz menafikan dakwaan orang ramai yang mendakwa dirinya sudah berhenti daripada bidang lakonan.
Menurut Aaron pada masa sekarang dia lebih memilih tawaran lakonan dan tidak terkejar-kejar untuk merebut semua tawaran yang diberikan seperti awal pembabitannya dalam dunia seni.
"Dakwaan saya berhenti berlakon adalah tidak benar kerana saya masih aktif dalam bidang seni.
"Saya bersedia menerima apa-apa sahaja tawaran yang diberikan dan jika ada orang berikan tawaran saya akan bekerjasama.
"Saya masih meminati bidang seni dan tidak akan berhenti berlakon seperti yang apa orang katakan sebelum ini.
"Cuma sekarang ini saya tidak lagi terkejar-kejar untuk merebut semua tawaran yang diberikan seperti awal pembabitan saya dalam bidang lakonan dulu," katanya kepada Gempak.
Aaron berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem Operasi X yang diadakan di MM Cineplex e@Curve, pada malam Selasa.
Filem Operasi X arahan Sandosh Kesavan ini bakal menemui penonton dipawagam bermula 1 November ini.
Selain Aaron, filem ini turut dibintangi oleh Datuk Awie, Datuk Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen, Hefny Sahad,Gbob, Rahhim Omar, Hanna Aqeela, Nashra Shah,Rafizah Shima dan Zaidi Omar.
Topic Berkaitan
#Aaron Aziz
#berlakon
#bidang seni
#filem
#lakonan
#operasi
#tawaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan