awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sudah lupakan Shahir, Mimi temui cinta dengan pemain bola sepak

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
21/10/2017
02:07 MYT
Sudah lupakan Shahir, Mimi temui cinta dengan pemain bola sepak
Mimi sebelum ini mengakui terkilan apabila keakraban mereka ditafsirkan sebagai hubungan antara artis dan peminat oleh Shahir.
NAMA Mona Syamimi Mohd Samsudin tiba-tiba sahaja menjadi sebutan gara-gara kontroversi dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir.
Jika sebelum ini pramugari sebuah penerbangan tempatan itu mengaku terasa hati dengan pengakuan Shahir yang menganggapnya hanya sebagai peminat, Mimi nampaknya tidak perlu menunggu lama untuk mengubati rasa sedihnya.
Dalam laporan portal mStar semalam, Mimi mengakui sudah tidak mendambakan finalis AF Megastar itu kerana hatinya kini diisi oleh seorang pemain bola sepak.
Kata Mimi kepada portal berkenaan, kontroversi dengan Shahir sedikit sebanyak menjejaskan hubungannya dengan pemain skuad Piala Presiden Terengganu itu, namun dia bersyukur kerana kekasih hatinya itu tidak cepat melatah.
"Saya kini berkawan dengan seorang pemain bola Terengganu. Mujur dia tahu tentang hubungan dengan Shahir dan memahami keadaan tersebut," ujar wanita berusia 27 tahun itu.
Carian di laman sosial mendapati Mimi mula memperkenalkan buah hatinya itu kepada umum dengan memuat naik gambar jejaka itu bermula tiga hari lalu.
Just stay strong,thanks for the support... bkn senang nk jage hati org tp kepercayaan tu kne ade
A post shared by MONA SYAMIMI (@mimisamsudin) on
Oct 19, 2017 at 2:57am PDT
A post shared by MONA SYAMIMI (@mimisamsudin) on
Oct 18, 2017 at 7:26am PDT
Paling terbaharu adalah sekeping gambar lelaki yang dikenali dengan nama Mohd Rizuan itu dengan kapsyen ucapan selamat berjaya, malam tadi.
Gudluck dear utk game mlm ni Terengganu vs Selangor
A post shared by MONA SYAMIMI (@mimisamsudin) on
Oct 20, 2017 at 4:17am PDT
Dalam kenyataannya kepada media sebelum ini, Mimi memaklumkan apa yang dimahukan hanyalah kejujuran daripada Shahir untuk mengakui cerita sebenar hubungan mereka.
Selesa menggelarkan Shahir sebagai kawan, Mimi mengakui terkilan apabila keakraban mereka ditafsirkan sebagai hubungan antara artis dan peminat oleh Shahir.
Topic Berkaitan
#AF Megastar
#Akademi Fantasia
#hiburan
#kontroversi
#Mona Syamimi Mohd Samsudin
#pemain bola sepak
#Shahir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan