awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
[TERKINI] Sultan Sharafuddin tidak berkenan penternakan babi di Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahniah! Sarah Hildebrand sah isteri Otto Gillen

Astro Awani
Astro Awani
03/11/2019
04:20 MYT
Tahniah! Sarah Hildebrand sah isteri Otto Gillen
Sarah memaklumkan bahawa majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga dan kenalan rapat. -Foto Instagram / sarahhildebrand
PELAKON dan pengacara, Sarah Hildebrand, 29, selamat mendirikan rumahtangga bersama rakan lamanya pagi tadi.
Sarah sah menjadi isteri pelukis kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen, 26, di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur, kira-kira jam 10.25 pagi Ahad.
Menurut Harian Metro, kedua-dua mereka selamat dinikahkan Pendaftar Bahagian Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Hilmi Saadan bersaksikan bapa saudara pihak perempuan, Mohd Nasir dan Haizairi Hashim.
Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin.
Menurut pelakon yang mula dikenali dalam drama "Pujaan Hati Kanda" itu, dia bersyukur kerana majlis pernikahannya dengan Otto berjalan lancar.
"Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar seperti direncanakan.
“Saya percaya Otto lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami dan mampu membahagiakan saya hingga ke akhir hayat.
“Kami juga saling memahami kerana sama-sama berdarah kacukan,” katanya.
Tambah Sarah, mereka berdua sepakat untuk mendirikan rumahtangga selepas berkawan rapat selama lapan bulan.
“Sebenarnya, saya dan Otto merupakan kawan lama yang terpisah ketika sama-sama menuntut di sekolah tinggi di Amerika dulu.
“Saya bertemu semula dengannya ketika melawat bapa saya yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat awal tahun ini.
Sarah memaklumkan bahawa majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga dan kenalan rapat.
Sempena hari perkahwinannya itu, Sarah menggayakan persalinan hasil rekaan ibunya, Che Arbi Hashim.
Bagaimanapun, tarikh majlis resepsi mereka masih belum diputuskan lagi.
Terdahulu, Sarah pernah menjalin hubungan dengan pengacara HLive!, Nabil Mahir namun hubungan tersebut berakhir awal tahun ini selepas lima tahun bercinta.
Tahniah daripada kami di Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#berkahwin
#bernikah
#Islam
#Kuala Lumpur
#lelaki
#perkahwinan
#rumahtangga
#Sarah Hildebrand
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan