awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tak guna atas jalan pun' - Opai jelas nombor plat 'fancy' pakai masa kahwin

Gempak
Gempak
20/06/2023
02:40 MYT
'Tak guna atas jalan pun' - Opai jelas nombor plat 'fancy' pakai masa kahwin
Opai jelaskan, dia tidak menggunakan nombor plat QPA1 itu sewaktu memandu kenderaan di atas jalan raya. - Foto Gempak
SELEPAS kecoh didakwa nombor plat yang digunakan di kereta mewah McLaren bukan nombor sebenar, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang tampil bersuara untuk menjelaskannya.
Menerusi Instagram Story, Aliff atau lebih mesra disapa Opai berkata dia tidak menerima sebarang panggilan atau surat daripada Jbatan Pengankutan Jalan (JPJ) seperti yang didakwa sebelum ini.
Malah Opai jelaskan, dia tidak menggunakan nombor plat ‘QPA1’ itu sewaktu memandu kenderaan di atas jalan raya.
"JPJ tak ada panggil pun. Tak ada surat sampai. JPJ tak ada pun call (hubungi). Tapi saya rasa kalau nak bagi penjelasan, ini penjelasan saya.
"Biasalah orang kahwin pakai nombor plat 'fancy', nombor plat cantik letak nama sendiri. Tak pakai atas jalan pun. Kahwin pun hampir setengah tahun dah. Dah lama tular," katanya.
Dalam pada itu, Opai memohon agar netizen berhenti mengaitkan namanya lagi semata-mata mahu menumpang populariti.
"Orang Malaysia dah bosan dengar cerita Opai.
"Saya tahu orang nak pakai nama saya sebab senang nak FYP. Sebab apa? Sebab memang kita bagus. Assalamualaikum," katanya mengakhirinya.
Terdahulu, JPJ mengesahkan nombor plat yang dikatakan milik kenderaan buatan McLaren itu bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula orang berbeza.
Sebelum ini, netizen mempersoalkan adakah kenderaan tersebut milik Opai memandangkan nombor plat yang tertera bukan berdaftar atas kenderaan terbabit malah ia berdaftar atas nama syarikat yang tiada kaitan dengan suami pelakon itu.
Minggu lalu selepas kecoh Opai hina kereta bukan supercar, Fatin kemudian dilihat memadam gambar suaminya di media sosial dan dalam masa yang sama memuat naik fotonya manis berhijab.
Topic Berkaitan
#McLaren
#Aliff Awang
#Opai
#Fatin Afeefa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan