awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terlalu banyak kenangan, Kak Ogy akui tak kuat nak tonton filem 'Hati Batu'

Gempak
Gempak
29/12/2024
09:50 MYT
Terlalu banyak kenangan, Kak Ogy akui tak kuat nak tonton filem 'Hati Batu'
Fauziah Ahmad Daud mengakui tidak kuat untuk menonton kembali filem "Hati Batu" yang dilakonkan bersama arwah adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud, kerana ia membuatkannya bertambah sedih. -Gempak
PELAKON Fauziah Ahmad Daud akui tidak kuat untuk menonton kembali filem Hati Batu lakonannya bersama arwah adik lelaki, Fazal Ahmad Daud.

Ringkasan AI
  • Pelakon Fauziah Ahmad Daud mengakui tidak kuat untuk menonton kembali filem "Hati Batu" yang dilakonkan bersama arwah adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud, kerana ia membuatkannya bertambah sedih.
  • Keakraban yang terbina sejak kecil membuatkan hati Fauziah sukar menerima kehilangan adik kesayangannya.
  • Fazal Ahmad Daud meninggal dunia pada Jumaat lalu akibat masalah batu karang dalam hempedu. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taiping, Perak.

Ogy Ahmad Daud Syukur Hati Tidak Berbolak-Balik
Jelas Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ogy, meskipun filem itu adalah salah satu kenangan bersama arwah, namun dia tidak mampu kerana ia akan membuatkannya bertambah sedih.
"Saya bersama Fazal pernah berlakon dalam filem Hati Batu, dan secara jujur, adakala hati ini teringin nak lihat dia kerana rindu. Tetapi saya gagal. Saya tak kuat untuk tonton semula.
"Saya memang ada masalah ini. Sama juga dengan arwah emak dan ayah. Sampai hari ini, saya tak boleh tonton lakonan mereka sebab saya akan breakdown.
"Dan sekarang, bila melibatkan adik saya pula. Saya tak boleh tonton kerana tak cukup kuat," katanya kepada Gempak.
Bukan tidak reda, namun keakraban yang terbina sejak kecil membuatkan hati Fauziah sukar untuk menerima bahawa dia sudah kehilangan adik kesayangannya.
"Fazal adalah abang dan juga adik bagi saya. Fazal seorang anak dan adik yang sangat bertanggungjawab terhadap kami semua. Sebab itu saya sukar untuk lupakan dia (Fazal).
"Arwah emak pernah berpesan kepada kami, kalau boleh, jagalah hubungan adik-beradik hingga ke akhir hayat. Sebab itu hubungan kami semua sangat rapat.
"Saya bukan tidak reda. Tetapi hingga ke hari ini, saya masih sukar menerima kenyataan dan macam tidak percaya Fazal sudah tiada," katanya penuh sebak.
Sebelum ini, seniwati itu berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud, pada Jumaat lalu akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Menurut Fauziah, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7 pagi di kediamannya di Taiping, Perak. -Gempak
Topic Berkaitan
#Fauziah Ahmad Daud
#Kak Ogy
#Fazal Ahmad Daud
#kenangan bersama arwah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan