awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunggu berita bonus, kalau dapat, Alhamdulillah - Mamat Khalid

Sinar Harian
Sinar Harian
29/08/2018
00:55 MYT
Tunggu berita bonus, kalau dapat, Alhamdulillah - Mamat Khalid
MAMAT: Meletupnya filem ini adalah atas sokongan peminat filem saya yang tidak putus-putus mengajak beramai-ramai bersama-sama menonton filem HKL. - Gambar fail
DALAM tempoh 18 hari, filem Hantu Kak Limah (HKL) telah mencatat kutipan sebanyak RM32.5 juta. Sekali gus ini mencatat sejarah luar biasa dalam sejarah industri perfileman negara kita.
Bagi pengarahnya Mamat Khalid, dia sudah menjangkakan filem ini akan mendapat sambutan namun beliau tidak menjangkakan filem ini mampu mengaut kutipan sehingga ke angka RM32.5 juta.
“Faktor penarik HKL adalah pelbagai golongan boleh terhibur menonton filem ini daripada orang dewasa, kanak-kanak hinggalah warga tua.
“Selain itu, faktor pemasaran filem ini juga wajar diberi pujian kerana berjaya mencipta hype sehingga ramai yang teruja untuk menonton HKL di pawagam.
“Filem kita sejak dahulu lagi sudah berjaya membuka mata peminat filem di peringkat antarabangsa.
“Dengan kejayaan box office HKL ini mungkin penonton tempatan yang akan lebih terdorong untuk menyokong filem Malaysia,” katanya lagi yang memberitahu bahawa sambungan Hantu Kak Limah kini dalam perancangan tetapi bukan dalam masa terdekat.
BACA: Hantu Kak Limah bakal disambung?
BACA: Fenomena Hantu Kak Limah: Filem 'simple' juga berintelek
BACA: Gempak! 'Hantu Kak Limah' pecah panggung catat kutipan RM20.5 juta
Mamat turut menjawab persoalan kritikan terhadap filem ini iaitu adegan merokok.
“Censorship yang terlalu ketat adakalanya bagus tetapi harus mengikut konteks juga. Adegan merokok tidak akan membuatkan seseorang khususnya kanak-kanak terikut-ikut untuk merokok, itu hanyalah sifat perwatakan yang bukan ditonjolkan sebagai watak utama yang patut dicontohi,” jelas Mamat.
Ditanya pula adakah sebarang pemberian bonus di atas kejayaan luar biasa ini, jawabnya;
“Abang pun masih menunggu berita kalau ada bonus ni. Kalau dapat Alhamdulillah,” ujarnya jujur.
Akhir sekali, pengarah hebat ini turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat kerana menyokong karyanya.
“Dan kami daripada team produksi amat menghargai kesungguhan anda menyokong filem tempatan.
“Kerana pada saya, meletupnya filem ini adalah atas sokongan peminat filem saya yang tidak putus-putus mengajak beramai-ramai bersama-sama menonton filem HKL,” katanya.
Topic Berkaitan
#bonus
#filem
#Hantu Kak Limah
#HKL
#Mamat Khalid
#panggung
#rokok
#wayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan