awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
'Anda idola saya' - PM Jepun sambut kunjungan Deep Purple menjelang konsert jelajah Mad In Japan Tour
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vokalis kumpulan Terra Rossa sekali lagi didakwa miliki dadah

Bernama
Bernama
11/07/2016
06:06 MYT
Vokalis kumpulan Terra Rossa sekali lagi didakwa miliki dadah
Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menetapkan 15 Ogos untuk sebutan semula kes.
Vokalis kumpulan rock Terra Rossa, Khairulhizam Kaha yang dikenali sebagai Jijam sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki dadah. Khairulhizam, 43, didakwa memiliki satu paket plastik dadah jenis syabu seberat 0.53 gram di kawasan bawah blok 8, Pangsapuri Taman Miharja Fasa 2, Cheras, pada pukul 5.15 petang, Sabtu lepas. Dia dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menetapkan 15 Ogos untuk sebutan semula kes. Tiada sebarang jaminan ditetapkan terhadap tertuduh kerana tiada penjamin hadir. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Tahun lepas, Khairulhizam dijatuhi hukuman denda RM7,000 dan pengawasan polis selama dua tahun atas kesalahan sama oleh Mahkamah Majistret Ampang.
Topic Berkaitan
#Akta Dadah Berbahaya
#Khairulhizam Kaha
#Syabu
#vokalis Terra Rossa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan