awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Watie Sadali langgar perintah mahkamah?

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2018
00:54 MYT
Watie Sadali langgar perintah mahkamah?
Kegagalan Watie membuat pembayaran menyebabkan proses membersihkan nama Hana (tengah) daripada senarai bankrap terganggu. - BERNAMA/Fail
PELAKON Watie Sadali didakwa masih gagal melunaskan wang RM112,000 kepada Hana Adnan atau Norhanasafiza Mat Adnan seperti diperintahkan Mahkamah Sesyen Selayang pada Oktober lalu.
Hana mendakwa, Watie memberikan alasan kononnya tidak mengetahui perintah mahkamah tersebut sebagai punca tidak melunaskan hutang.
"Sehingga ke hari ini saya masih belum menerima sebarang bayaran seperti mana diperintahkan pihak mahkamah sejak Oktober tahun lalu.
"Saya sendiri tidak tahu apa masalah dia (Watie) tidak mahu membayar hutang tersebut.
"Alasan dia tidak tahu mengenai perintah tersebut memang tak masuk akal," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Watie sebelum ini diperintah membayar RM112,000 melalui Jabatan Insolvensi bagi memadamkan nama Hana yang disenaraihitamkan.
Keputusan dibuat memandangkan Watie gagal membayar saman penghakiman berjumlah RM707,351.81 seperti diperintahkan mahkamah sama pada 10 Mac 2015.
Ganti rugi diperoleh selepas Hana mendapat kemenangan menerusi tuntutan berhubung kegagalan Watie melunaskan bayaran pinjaman bank menggunakan namanya bagi membeli sebuah kenderaan jenis Toyota Wish.
Rentetan itu, Hana diisytihar muflis pada 1 April 2013 malah disekat untuk ke luar negara.
Terdahulu, Hana mengakui kegagalan Watie membuat pembayaran itu juga menyebabkan proses membersihkan namanya daripada senarai bankrap turut terganggu.
Topic Berkaitan
#Hana Adnan
#hiburan
#mahkamah
#saman
#Watie Sadali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan