awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 hari Ops Pantau: Rampasan RM1.09 juta, 295 kes direkodkan

Bernama
Bernama
28/02/2026
09:59 MYT
10 hari Ops Pantau: Rampasan RM1.09 juta, 295 kes direkodkan
Armizan ketika mengadakan sidang media selepas program Sentuhan Kasih, Jualan RAHMAH MADANI dan Advokasi Kepenggunaan di Dewan SMK Pengalat Papar hari ini. - Gambar Bernama
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan nilai rampasan berjumlah RM1.09 juta melibatkan 295 kes sepanjang pelaksanaan Ops Pantau yang bermula 19 Feb lepas hingga hari ini.
Menterinya Armizan Mohd Ali berkata dalam tempoh 10 hari operasi dijalankan, sebanyak 16,059 premis diperiksa di seluruh negara meliputi pelbagai jenis premis termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar basah, pasar awam dan kedai runcit.
"Sebanyak 143 kes melibatkan kesalahan gagal memaparkan tanda harga, manakala 78 kes lagi berkaitan kesalahan alat timbang dan sukat.
"Bagi bazar Ramadan sahaja, daripada 16,059 premis diperiksa itu, sebanyak 6,268 adalah bazar Ramadan dan hanya dua kes dikesan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Sentuhan Kasih, Jualan RAHMAH MADANI dan Advokasi Kepenggunaan di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Papar itu berkata hasil pemeriksaan di bazar Ramadan mendapati tahap pematuhan peniaga amat memuaskan berikutan hanya dua kes ketidakpatuhan direkodkan.
Armizan berkata secara keseluruhan kesalahan yang dikesan melibatkan kegagalan meletakkan tanda harga serta kesalahan berkaitan alat timbang dan sukat yang tidak ditentusahkan mengikut peraturan ditetapkan.
Katanya Ops Pantau akan diteruskan sehingga 20 Mac ini bagi memastikan pematuhan undang-undang, kestabilan harga dan kecukupan bekalan sepanjang Ramadan hingga menjelang Aidilfitri.
Sementara itu, beliau berkata Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) kini menjadi inisiatif tetap kerajaan dan tidak lagi dilaksanakan secara ad hoc.
Katanya PJRM ditetapkan diadakan tiga kali sebulan bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan takwim lebih awal disediakan di laman sesawang kementerian bagi memudahkan rakyat merancang pembelian.
"Sepanjang Ramadan ini, kementerian menyasarkan pelaksanaan 1,898 PJRM di seluruh negara dan setakat hari ini, sebanyak 541 program sudah dilaksanakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ops Pantau
#Rahmah Madani
#kpdn
#tanda harga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan