awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

100 pelajar Malaysia di UK dan AS terima dana Permaisuri Johor

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
22/09/2015
03:14 MYT
100 pelajar Malaysia di UK dan AS terima dana Permaisuri Johor
Raja Zarith Sofiah yang bercuti ke United Kingdom Ogos lalu menzahirkan rasa bimbang kemungkinan pelajar Malaysia di UK dan AS menghadapi masalah kewangan berikutan kejatuhan ringgit.
Seramai seratus pelajar Malaysia di United Kingdom dan Amerika Syarikat menerima biasiswa dibawah tajaan Zarith Sofiah's Initiative For Educational Financial Assitance (ZSIEFA) melalui Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.
Kesemua nama pelajar membabitkan pelbagai universiti di sekitar UK dan AS itu diumumkan di laman Facebook Z.S.I.E.F.A pada Isnin.
Ia merupakan pengagihan pertama sejak ZSIEFA mengumumkan inisiatif tersebut 20 Ogos lalu.
"Tahniah kepada semua penerima, kami akan menghubungi anda secepat mungkin melalui emel untuk pengagihan.
"Kepada pemohon yang tidak berjaya, kami mengucapkan terima kasih atas penyertaan dan sokongan anda," tulis kenyataan di laman Facebook ZSIEFA itu.
Dana berkenaan diagihkan secara berperingkat bermula 23 September hingga 31 Disember ini.
Ia melibatkan empat fasa, di mana yang pertama melibatkan 10 pemerima, fasa kedua pada 31 Oktober seramai 20 penerima, fasa ketiga pada 31 November melibatkan 30 penerima dan fasa terakhir pada 31 Disember melibatkan 40 penerima.
ZSIEFA
ZSIEFA
Setiap permohonan perlu disertakan dengan borang yang lengkap dan juga video tentang mengapa mereka layak dipilih.
Dana ZSIEFA terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama dan kaum yang sedang melanjut pengajian di UK dan AS.
Dana bagi membantu pelajar Malaysia di luar negara itu ditubuhkan susulan kebimbangan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah akibat kejatuhan nilai ringgit.
Ia merupakan projek perintis Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.
Raja Zarith Sofiah yang bercuti ke United Kingdom Ogos lalu menzahirkan rasa bimbang kemungkinan pelajar Malaysia di UK dan AS menghadapi masalah kewangan berikutan kejatuhan ringgit.
Baginda risau jika pelajar Malaysia yang kini menetap di UK serta AS mempunyai wang yang cukup untuk perbelanjaan mereka serta bimbang dengan beban yang mungkin dialami oleh ibu bapa atau keluarga pelajar tersebut bagi pengajian mereka.
Topic Berkaitan
#AS
#pelajar malaysia
#Raja Zarith Sofiah
#Tajaan
#UK
#Z.S.I.E.F.A
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan