awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AMK gesa majikan laksana WFH bersasar tangani kos sara hidup
Astro Audio dekati masyarakat menerusi edaran bubur lambuk sempena Ramadan
AirBorneo kekal harga tambang walaupun kos bahan api melonjak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 termasuk bayi maut dalam serangan AS-Israel di kawasan perumahan di Iran

Bernama
Bernama
14/03/2026
09:41 MYT
12 termasuk bayi maut dalam serangan AS-Israel di kawasan perumahan di Iran
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam dua serangan berasingan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel di tengah dan barat Iran pada Sabtu. - Gambar/ EPA
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam dua serangan berasingan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang menyasarkan kawasan kediaman di tengah dan barat Iran pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.
Televisyen rasmi Iran melaporkan bahawa serangan AS-Israel menyasarkan Kampung Hizab di wilayah Markazi di tengah Iran, dengan sebuah kediaman terkena serangan itu yang mengorbankan enam orang awam serta mencederakan tujuh yang lain.
Dalam kejadian berasingan, pihak berkuasa wilayah Ilam memaklumkan bahawa satu serangan menyasarkan sebuah rumah di bandar Eyvan di barat Iran, menyebabkan letupan kuat yang memusnahkan bangunan itu.
Ia berkata enam sekeluarga terkorban dalam serangan berkenaan, termasuk seorang bayi berusia enam bulan.
Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi pembersihan runtuhan di lokasi kejadian di Eyvan, tambah pihak berkuasa wilayah itu.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Perang Iran-Israel 2026
#Konflik Timur Tengah Terkini
#kematian orang awam
#bayi mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan