awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 pelajar UPNM sambung pengajian bebas tanpa pertuduhan - Idris Jusoh

Bernama
Bernama
17/06/2017
13:34 MYT
13 pelajar UPNM sambung pengajian bebas tanpa pertuduhan - Idris Jusoh
Datuk Seri Idris Jusoh berkata terdapat kekeliruan mengenai perkara tersebut dalam kalangan masyarakat kerana terdapat dua kumpulan pelajar yang dimaksudkan beliau sebelum ini. -Gambar fail
Tiga belas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dibenar menyambung kembali pelajaran merupakan mereka yang dibebaskan dengan bon mahkamah dan tidak dikenakan sebarang pertuduhan.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata terdapat kekeliruan mengenai perkara tersebut dalam kalangan masyarakat kerana terdapat dua kumpulan pelajar yang dimaksudkan beliau sebelum ini.
“Pelajar inilah yang saya maksudkan dibenarkan untuk sambung belajar seperti biasa sepertimana keputusan yang dibuat oleh UPNM.
“Pelajar-pelajar ini juga akan diberikan kaunseling dan sokongan psikososial oleh UPNM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata satu kumpulan 13 orang pelajar lagi adalah yang telah dikenakan tuduhan di bawah kanun keseksaan dan mereka telah dibenarkan oleh mahkamah untuk diikat jamin sementara menanti perbicaraan.
“Pelajar-pelajar ini telah digantung daripada pengajian mereka dan pihak UPNM sedang memproses penggantungan ini mengikut prosedur yang ditetapkan,” kata Idris.
Jelasnya pihak kementerian memandang serius isu berkenaan dan akan sentiasa memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#13 orang pelajar
#Bon Mahkamah
#dibenarkan untuk sambung belajar
#Idris Jusoh
#Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
#UPNM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan